Anak kena rotan, ibu bapa mengamuk.

Anak kena denda, ibu bapa mengamuk.

Anak kena marah, ibu bapa mengamuk.

 

Wajarkah ibu bapa bertindak sedemikian?

Mendidik anak-anak di zaman ini cukup berbeza dan mencabar. Anak-anak terlalu dimanjakan dan ibu bapa pula bertindak terlebih protective. Jika para guru mengambil tindakan atas kesilapan anak-anak itu sendiri, contohnya seperti datang lewat, melanggar peraturan sekolah, atau tidak menyiapkan tugasan yang diberikan, guru-guru sebenarnya mempunyai hak untuk memberikan mereka hukuman.

Sebagai ibu bapa, apakah tindakan yang sewajarnya anda lakukan?

1) Bertindak secara rasional

Jika anak anda pulang ke rumah dan mengadu pada anda bahawa mereka telah didenda/dimarah/dirotan di sekolah, janganlah anda lekas menuduh pihak sekolah atas perbuatan mereka itu. Sebaliknya anda haruslah menyelidik terlebih dahulu punca mengapa anak anda dihukum.

Adakah kesilapan itu berpunca daripada mereka sendiri atau pihak sekolah hanya menghukum dengan sembarangan? Jangan pula anda datang melulu ke sekolah dan memaki hamun guru-guru padahal kesilapan itu berpunca daripada anak anda sendiri.

 

2)Niat guru adalah untuk mendidik

Ibu bapa hendaklah sentiasa beringat bahawa guru-guru di sekolah itu telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak anda dengan sebaiknya. Selagi ia tidak memudaratkan keselamatan anak anda, maka anda seharusnya meletakkan kepercayaan kepada para guru.

Cuba kenang balik zaman anda dididik sewaktu di sekolah dulu. Guru disiplin berjalan keliling sekolah dengan rotan ditangan dan akan menyebat mana-mana pelajar yang melanggar peraturan tanpa banyak soal. Walaupun kelihatan agak kasar, namun cara ini jugalah yang membuatkan pelajar-pelajar ini rasa takut dan hormat pada guru-guru.

 

3)Jadi ibu bapa yang adil

Jika anda ingin membentuk anak anda menjadi seorang manusia yang berguna dewasa kelak, seharusnya anda bersikap lebih adil dan tegas. Jangan terlalu memanjakan mereka sehinggakan segala kesilapan yang mereka lakukan anda memilih untuk pejam mata dan rela menyalahkan orang lain. Tegas juga tidak bererti anda harus memukul anak anda setiap masa, tapi pastikan mereka menerima pengajaran yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Contohnya jika anak-anak yang sudah akil baligh tapi masih tidak menunaikan solat, rotan mereka di telapak kaki dengan niat untuk mengajar bukan untuk mencederakan.

 

Ibu bapa harus beringat bahawa masa yang anda habiskan dengan anak-anak dalam masa sehari kadang kala terlalu sekejap. Tiap pagi anak-anak bersiap hendak ke sekolah, anda pula sibuk bersiap ke pejabat. Waktu malam saja lah anda dapat menghabiskan masa dengan anak-anak.

Didikan yang sempurna tak kan dapat berlaku dalam masa yang singkat ini. Jadi hargai lah pengorbanan guru-guru yang turut menyumbang tenaga untuk mendidik anak-anak bangsa. Selagi mana ia tidak melampui batas, anda seharusnya hormat tindakan para guru di sekolah.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604