TIPS UNTUK PARA IBU YANG BERPUASA DAN TIDAK JEJAS KUANTITI SUSU

Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi.

Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.

1. Dapatkan sokongan ibu menyusu lain

Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada semua.

2. Bereskan tugas rumah  tangga waktu malam

Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur.

3. Minta bantuan suami

Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan suami atau anak yang sudah besar. Berbahagi tugas itu lebih mengharmonikan rumah tangga.

4. Elakkan si kecil membuatkan ibu penat

Rancang aktiviti untuk anak agar dia sibuk sepanjang hari dan tidak merengek.

5. Elakkan berpanas

Jika boleh, jangan banyak lakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat dalam cuaca yang panas. Jika terpaksa, pastikan pakai topi, pelindung cahaya matahari dan berpakaian cerah.

6. Banyakkan berehat

Walaupun sibuk di pejabat mahu pun di rumah, cari masa untuk berehat seketika.

7. Elak minuman berkafein

Minuman berkafein atau berkarbonat adalah penyebab utama dehidrasi. Kafein juga adalah zat diuretik  yang meningkatkan keinginan mengunyah ibu.

8. Banyak makan buah dan sayuran segar

Buah dan sayuran mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan.

9. Jangan banyak minum semasa sahur

Semasa sahur elakkan pengambilan air yang terlalu banyak kerana ia menyebabkan ibu kekenyangan. Sebaiknya aturkan pengambilan minuman sejam sekali selepas berbuka puasa sehingga mencukupi 2.5 liter air sehari.

10. Elakkan makanan pedas

Makanan pedas memang membuka selera tetapi ia hanya menambah risiko membuang banyak air sehinggakan badan akan mengeluarkan banyak cecair.

11. Elakkan terlalu banyak memasak

Memasak sendiri juadah berbuka puasa memang lebih menyeronokkan tetapi jangan terlalu sibuk di dapur sehingga membuatkan ibu cepat penat. Mungkin sesekali boleh ajak kawan atau saudara mara ‘pot luck’ berbuka puasa di mana setiap orang membawa satu hidangan.

12. Hadkan pengambilan produk tenusu

Makanan hasil tenusu seperti keju atau yogurt akan membuatkan badan lebih banyak mengeluarkan mukosa (cecair badan yang kental dan lekit).

13. Kurangkan kegiatan berbelanja di siang hari

Sebaiknya rancang menu mingguan dan buat perbelanjaan seminggu sekali.

14. Jangan lupa makan kurma

Berbuka puasa dengan segelas air dan tiga atau empat biji kurma supaya paras gula ibu kembali normal.

15. Sentiasa bertenang

Lakukan tadarus Al-Quran untuk membantu ibu tenang. Susu tidak lancar jika ibu tertekan.

16. Banyakkan berzikir

Sentiasa berzikir sepanjang hari dengan menyebut asma Allah Ar-Razaq (Maha Pemberi Rezeki) agar ibu sentiasa diberi kekuatan untuk berpuasa.

17. Membaca selawat

Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap doa yang dibaca.

18. Bersolat tepat pada waktunya

Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menanamkan rasa percaya bahawa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan berpuasa kepada ibu.

19. Pastikan cukup tidur

Sentiasa pastikan ibu cukup tidur. Sekiranya ingin melakukan ibadah di malam hari, ibu boleh tidur awal dahulu dan bangun kemudian.

20. Jangan terlalu banyak minum air ketika berbuka

Biarpun ibu terlalu dahaga namun jangan banyak minum air sehingga hilang selera untuk menjamah makanan. Pastikan mengikut sunah Nabi dalam bab makan dan minum iaitu sepertiga air, makanan dan udara.

 


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-05-29T02:32:18+00:00May 29th, 2017|kehamilan, kelahiran, kesihatan anak, parenting, penyusuan|

Leave A Comment