Kalau jumpa kucing anak mesti akan sepak atau pukul, puas sudah dinasihati dan dimarahi tapi si anak masih membuat perkara yang sama. Sebagai ibu bapa pasti anda risau dengan perangainya itu takut ia akan terbawa-bawa sehingga dia besar.

Anda pernah mengalami situasi ini? Macam mana nak tangani masalah ini?

Tips untuk ibu bapa:

  1. Berbual lah dan cuba selami apa yang anak lakukan. Tanyakan anak kenapa dia buat begitu. Kadangkala ibu bapa yang terus meninggikan suara tanpa usul periksa akan membantutkan rasa ingin tahu mereka.

Ada sesetengahnya pula menjadikan mereka lebih memberontak dan ingin tahu yang membuak-buak akibat dihalang.

 

  1. Apabila anak sudah percayakan ibu bapa dan rasa selesa serta selamat, barulah ibu bapa boleh memberitahu akan perkara yang boleh dan tidak boleh dengan bahasa yang mudah.

Contohnya, cuba letakkan dirinya sebagai kucing yang disepak. Seorang ahli psikologi kognitif mengatakan kanak-kanak mempunyai perasaan “egocentric” iaitu hanya nampak apa yang dia rasa. Justeru bersabar sekiranya anak-anak menjawab “abang bukan kucing, abang orang…” Jadi boleh juga membuat contoh ‘hidup’ dengan mencubit sedikit tangannya. Sekiranya anak mengadu sakit maka mulakanlah dengan mendidik secara perlahan-lahan. Suami, abag dan kakak boleh sama-sama membantu.

 

  1. Apa yang penting wujudkan rasa hubungan yang selamat antara anak dan ibu bapa dengan memberi ruang bereksplorasi.

 

  1. Bawalah anak melawat zoo atau tempat-tempat yang ada haiwan-haiwan yang boleh diperkenalkan kepadanya untuk memupuk rasa sayang kepada haiwan-haiwan tersebut.

 

Kadangkala, perbuatan anak-anak ini mungkin datang dari pengaruh rancangan televisyen atau jiran-jiran. Rancangan televisyen tidak kira untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang ditontonya, sekiranya ia menarik minatnya kerana kesan dan jalan cerita seperti kartun itu sangat mempengaruhi kehidupan seharian anak-anak.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604