Boleh ke turunkan berat badan semasa mengandung?
Sepanjang tempoh kehamilan, kenaikan berat badan yang mendadak sangat membimbingkan ibu-ibu. Ini disebabkan, kenaikan berat badan yang tidak terkawal mengundang banyak risiko. Hari ni kami ingin mengkongsikan 5 tips yang boleh ibu-ibu amalkan untuk turunkan berat badan dan kawal berat badan sepanjang tempoh kehamilan.
Berikut merupakan sebahagian risiko pada ibu mengandung yang terlebih berat badan.
- gestational diabetes- diabetes yg terjadi disebabkan hormon insulin tidak berfungsi dengan baik untuk menurunkan aras gula dalam darah. Membahayakan ibu dan menyebabkan bayi yang dilahirkan lebih besar.
- preeclamspia- komplikasi disebabkan masalah tekanan darah tinggi, edema serta lebihan proteindalam urin. walaupun punca sebenar masalah ini terjadi tidak diketahui, kenaikan berat badan yang tidak terkawal dan berlebihan meningkatkan risiko preeclamsia
- jangkitan- ibu yang mengalami berat badan berlebihan berisiko untuk mendapat jangkitan terutama jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- thrombosis- pengumpulan clot terjadi dalam salur darah.
- gangguan tidur- tidur tidak lena diikuti dengan masalah pernafasan kurang baik semasa tidur
- c-section – kebanyakkan ibu yang obese sukar melahirkan anak secara normal, sekaligus meningkatkan risiko kelahiran melalui kaedah pembedahan
- Kehilangan kandungan- masalah berat badan berlebihan meningkatkan risiko keguguran serta kematian anak dalam kandungan.
Secara purata, bagi ibu yang mempunyai BMI normal (18-24)sebelum mengandung, kenaikkan berat badan yang sihat adalah diantara 11-15 kg sepanjang tempoh kehamilan. Bagi ibu yang kurang berat badan, (BMI < 18) pula antara 12-18kg manakala ibu yang obese ( BMI 25-29.9) antara 5-10kg.
5 tips yang ibu-ibu boleh amalkan bagi mengawal kenaikan berat badan semasa mengandung.
- diet secara sihat– perkara utama paling penting ialah jaga ialah diet secara sihat. Perlu sangat-sangat teliti dalam pemilihan makanan. Makanan berkalori tinggi perlu dikurangkan dan banyak ambil sayur-sayuran, buah-buahan bila rasa lapar. Biasanya, hanya makan nasi sekali sahaja sehari ketika makan tengahari. Untuk makan malam, gantikan sama ada dengan sup2 sayur, oat atau mnuman protein untuk atasi rasa lapar.
- kurangkan makan dan minuman manis– minuman manis dan berkalori tinggi sebenarnya merupakan faktor utama wujudnya lebihan kalori yang boleh menyebabkan gemuk. Gula dalam minuman yang tidak digunakan akan ditukarkan menjadi lemak yang disimpan dibawah kulit. Biasanya, sebelum ambil sebarang makanan, minumlah segelas air putih. Tips ini sangat membantu untuk tidak makan makanan manis dan bergula dalam kuantiti yang banyak. Semasa tempoh kehamilan, badan perlukan banyak tenaga untuk bayi dan ibu. Bila makanan bergula dihadkan, badan akan menggunakan sumber tenaga yang tersimpan sekaligus membantu mengurangkan berat ibu.
- makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap– Ibu mengandung memang kerap lapar. Itu memang tidak dinafikan. Amalkan makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Makanan yang kerap boleh diambil ialah berbentuk biskut rendah lemak, buah-buahan, kurma, kismis dan kekacang. Sambil makan,boleh selangkan dengan air kosong. Secara tidak langsung, ibu akan rasa “lebih kenyang”
- amalkan supplement- Amalan memakan supplement memang sangat2 membantu. Anda boleh mengamalkan supplement Shaklee untuk tenaga. Tidak dinafikan, bila badan cukup nutrisi, food craving atau mengidam itu kurang berlaku.
- kerap berjalan- Memandangkan senaman untuk ibu hamil adalah terhad, aktiviti berjalan sangat2 membantu untuk pembakaran kalori. Jalan secara perlahan ikut keupayaan badan supaya tidak cedera atau mendatangkan rasa tidak selesa. Anda boleh berjalan di kawasan membeli belah sebagai salah satu cara untuk terapi diri dan badan.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604