Cuti sekolah dah hampir tiba. Ramai ibu bapa yang bercadang membawa si manja masing-masing bercuti. Ada yang bercadang makan angin dalam Malaysia dan ada pulak yang tidak kurangnya ingin ke luar negara. Waaah! seronoknya!

tips_bercuti_baby

tips_bercuti_baby

Tetapi di dalam keseronokkan itu, ibu bapa haruslah peka & membuat persediaan yang rapi lebih-lebih lagi jika anda membawa anak kecil bersama ketika bercuti. Taknaklah nanti dah bayar mahal-mahal untuk aktiviti-aktiviti luar, last last terpaksa memerap di dalam hotel sebab si manja anda tidak sihat akibat kurangnya persediaan awal itu.

Di kesempatan ini, Team Ning Salmah ingin berkongsi tips-tips berguna atau checklist penting yang perlu dititi beratkan sebelum bercuti:

Bawa Susu & Makanan Bayi Secukupnya

Untuk bayi berusia 6 bulan ke bawah dan diberi susu ibu, ibu bapa tak perlu bimbang sebabnya ibu hanya perlu direct feed si manja. Jika tidak, bawalah susu formula secukupnya. Kira siap-siap berapa hari x jumlah botol sehari, kalau boleh bawalah lebih ya! Untuk bayi 6 bulan ke atas yang dah mula makan solid food, seeloknya bawalah makanan yang mudah untuk disediakan seperti nestum, baby food in the jar, biskut, roti  atau buah-buahan yang boleh terus diberi seperti pisang dan sebagainya. Bila dalam keadaan on-the-go, kadang-kadang nak bagi si manja makan pun tak sempat.

Bawa Pakaian yang Sesuai Untuk Si Manja 

Jika bercadang ke negara empat musim, pastikan pakaian bayi yang dibawa bersesuaian dengan keadaan cuaca pada ketika itu. Jika bercuti semasa musim salji, jangan lupa bawa winter coat (sebaiknya yang diperbuat daripada wool), sarung tangan, topi atau snow cap, mafla, stokin dan sebagainya. Jika bercadang ke negara atau negeri yang kerap hujan, ibu bapa harus rajin perikasa weather forecast. Manalah tahu, kena bawa baju hujan pula.

Bawa Stroller/ Carrier yang Praktikal

Seeloknya ibu bapa kena pastikan stroller yang dibawa adalah jenis compact. Sekarang ni banyak stoller yang light-weight di pasaran. Ada juga yang muat diletakkan di dalam kabin kapal terbang.


Bawa Dokumen Pengenalan

Ibu bapa jangan lupa bawak Mykid atau Sijil Beranak si manja masing-masing. Ini penting sekiranya terjadi perkara yang tak diingini keperti kehilangan passport

Bawa Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah!
Ini paling penting sekali, selalunya semasa travel makan minum si manja kita kadang-kadang tak menentu. Mula lah kembung perut. Jangan risau ya ibu bapa sekalian, Minyak Tenang Anakanda come to rescue! Bila pergi negara empat musim ni kebarangkalian untuk dijangkiti selsema, batuk & demam tu tinggi. Jadi ibu bapa jangan lupa bawak travel bottle Minyak Tenang Anakanda Ning Salmah. Letak dalam beg sepanjang masa tau!

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty