Ketika ini sudah tentu semua para ibu bapa bersiap sedia hendak balik ke kampung halaman kan? Bagi yang mempunyai anak sudah tentu bekalan ubat dibawa bersama. Itulah barang yang paling penting mesti bawa. Cuma semasa musim perayaan ini, para ibu bapa mesti beri perhatian tentang penjagaan kesihatan anak. Jangan biarkan anak makan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus batuk. Jika anak batuk segera bagi ubat. Batuk boleh menjadi penyebab anak demam. Apa pun sekiranya berlarutan segera bawa berjumpa doktor.

Sesungguhnya ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia bawah lima tahun khususnya perlu lebih peka pada kesihatan si manja. Ketika usia ini, kanak-kanak mudah mengalami kesihatan yang berkaitan dengan sistem pernafasan ialah batuk dan selesema.

Demam selesema adalah antara yang mengakibatkan punca utama batuk berlaku di kalangan kanak-kanak. Sebab-sebab lain termasuklah jangkitan pada bahagian pernafasan atas atau kerongkong, alahan, asma, batuk kokol, jangkitan sinus dan juga batuk kering.

Namun, batuk yang tidak kronik akan sembuh. Sesungguhnya batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Ia dapat menghindarkan jangkitan kuman kepada tekak dan paru-paru. Pada masa yang sama, batuk juga merupakan refleksi pertahanan tubuh manusia apabila berlaku ketidakseimbangan sistem badan.

Bilakah batuk menjadi serius?

Masalah ini perlu dipandang serius jika pesakit mengalami demam kuat, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Kanak-kanak juga, akan dibekalkan dengan antibiotik sekiranya didapati mendapat jangkitan kuman bakteria.

Kenali jenis batuk

Jika mempunyai anak berusia satu tahun ke bawah, demam, batuk dan selesema, terdapat beberapa situasi di mana ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan.

a)Batuk dan selesema yang  tidak sembuh selepas lima hari.

b)Batuk dan selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas.

c)Batuk dan selesema disertai demam melebihi 38°C bagi bayi berumur enam bulan ke bawah dan melebihi 39°C untuk yang berumur bawah setahun.

d)Selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

Rawatan

Untuk mengelak batuk menjadi kronik, ibu bapa perlu segera membawa anak mendapatkan rawatan! Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor adalah untuk melambatkan perkembangan bakteria. Manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Fisioterapi pula membantu mengeluarkan kahak secara alami. Gabungan tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah pernafasan.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty