Memupuk minat membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah surga bagi keluarga. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Zaman sekarang tidak perlu tunggu sehingga anak pergi tadika. Semuanya boleh diajarkan di rumah. Mari kita lihat apa tips mudah ajar anak agar cepat membaca.

1. Pilih Tempat Yang Selesa Untuk Membaca

 

Pastikan tempat yang selamat dan selesa. Yang lebih penting, tempat yang ada banyak lampu. Bila selesa, lebih banyak muka surat yang dia suruh kit abaca.

2. Baca Buku Untuk Anak-anak

 

Kalau mahukan mereka minat membaca, bacakan buku pada anak-anak. Untuk anak sekecil 2-3 tahun, jika ibu bapa selalu membaca buku ‘favourite’ mereka, jangan terkejut jika anak boleh hafal segala isi cerita dalam buku tersebut. Walaupun dengan pelat-pelat mereka, kita boleh mendengar butiran yang keluar dari mulut anak-anak. Tidak percaya? Cubalah dahulu.

3. Jadikan Membaca Satu Rutin

 

Jika aktiviti membaca dilakukan setiap hari, tanpa disuruh, anak akan ambil buku mereka dan suruh kit abaca. Sejurus habis, dia akan suruh baca lagi. Memang tampak penat, tapi percayalah, penat lelah anda akan berbaloi beberapa tahun lagi.

4. Pilih Buku Yang Bagus

 

Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti MPH dan Kinokuniya. Bagi mereka yang berada di luar Kuala Lumpur, masih banyak kedai buku kecil yang menjual buku kanak-kanak,

 

Jika terlalu sukar mendapatkan buku yang diiginkan, boleh cuba beli secara ‘online’. Bagi yang sedang membaca ini, apakah buku yang anda cadangkan?

5. Jadi Contoh Yang Baik

 

Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu bapa tidak menunjukkan perilaku dan contoh yang baik? Orang kata, “Leadership by example” atau dalam Bahasa Melayu, “Kepimpinan melalui teladan”. Kalau anak asyik Nampak ibu bapa mereka asyik main telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi mereka?


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty