TIPS MUDAH BERSALIN NORMAL TANPA JAHITAN ATAU KOYAKAN

Semua bakal-bakal ibu kalau boleh menginginkan proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.

“Eh, boleh ke bersalin secara normal tanpa jahitan? Macam tak percaya je. Bukan bersalin memang akan kena jahit ke?”

Sekali dengar memang susah untuk percaya. Namun ada sesetengah kaum wanita yang berjaya menjalani proses bersalin secara normal tanpa sebarang jahitan.

Jahitan bersalin atau secara medikalnya digelar episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum (antara jalan lahir bayi dan juga anus). Potongan ini dibuat bagi melebarkan laluan agar mudah untuk bayi keluar dan mengelakkan koyakan yang serius.

Bagaimana cara untuk mengelakkan jahitan ketika bersalin? Amalkan tips-tips ini.

1)Kuasai teknik pernafasan yang betul

Teknik pernafasan yang betul dapat membantu proses kelahiran agar berlaku dengan lebih lancar. Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Seeloknya, hembusan nafas lebih panjang daripada tarikan nafas.

2)Senaman kegel/ senaman lantai pelvik

Senaman ini memfokuskan pada bahagian peranakan wanita. Cara melakukan senaman ini sangat mudah dan boleh dilakukan di mana saja.

Cara-cara melakukan senaman kegel:

  • kemutkan otot pelvis (seperti menahan kencing)
  • tahan selama 5 saat
  • lepaskan perlahan-lahan dan rehat
  • ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari

3)Cara meneran yang betul

Cara meneran yang betul sangat penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Pastikan anda kekalkan pernafasan yang tenang dan elakkan meneran sebelum mendapat isyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum.

Ketika hampir bersalin, biasakan untuk mempraktik posisi ini bersama suami agar anda terbiasa dan tidak menjadi kekok semasa proses kelahiran.

Rapatkan dagu ke bahagian dada dan anda akan berkeadaan sama seperti undang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda akan meneran mengikut arahan doktor. Semasa datangnya kontraksi, tarik nafas dan teran selama mana yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Perlu diingat, meneran haruslah dari abdomen ke punggung seperti membuang air besar. Ketika kepala bayi mula kelihatan, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk elakkan koyakan yang besar.

Elakkan mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koyakan! Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat semasa meneran.

4)Urutan perineum

Sumber kesihatan menunjukkan bahawa urutan perineum beberapa minggu sebelum kelahiran dapat mengurangkan risiko episiotomi.

Urutan ini boleh dilakukan 2 kali seminggu dengan memasukkan 1/2 jari ke dalam vagina, kemudian menekannya ke arah perineum.

Cara-cara urutan perineum:

  • Cuci tangan dengan bersih dengan menggunakan air suam dan sabun. Pastikan kuku anda pendek dan bersih.
  • Pilih posisi yang selesa samada duduk, baring, atau meletakkan satu posisi kaki di atas kerusi.
  • Masukkan jari ke dalam vagina dan tekan sedikit sehingga anda dapat merasakan sensasi. Anda juga boleh menggunakan minyak vitamin E atau minyak kelapa dara untuk melancarkan bukaan perineum ini.
  • Buat urutan dengan gerakan U pada sekitar dinding vagina. Pada peringkat awal, urut selama seminit dan tambahkan masa sehingga 5 minit untuk sesi berikutnya.

5)Minyak zaitun/minyak kelapa dara

Sesetengah para ibu percaya akan kebaikan meminum minyak zaitun dan minyak kelapa dara untuk memudahkan proses bersalin. Kebiasaannya amalan meminum minyak ini dilakukan pada trimester yang terakhir.

6)Tenaga yang cukup

Pastikan sebelum memasuki labor room anda sudah pun makan. Ini kerana proses kelahiran mampu mengambil masa yang agak panjang dan anda memerlukan tenaga yang cukup untuk proses meneran.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

2 Comments

  1. Sofea Effendi November 5, 2017 at 11:34 am - Reply

    Memang berguna tips ni, hari tu bersalin pun alhamdulillah dipermudahkan.

    Highly Suggested amalkan tips ni.

  2. Sofea Effendi November 5, 2017 at 11:37 am - Reply

    Your comment is awaiting moderation.
    Memang berguna tips ni, hari tu bersalin pun alhamdulillah dipermudahkan.

    Highly Suggested amalkan tips ni.

Leave A Comment