Pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin kebiasaanya akan lebih teliti dalam merancang jantina anak berbanding pasangan yang telah pun mempunyai cahaya mata. Sesetengah pasangan lebih suka jika anak pertama mereka merupakan anak perempuan, ini kerana anak perempuan lebih bersikap penyayang dan lebih memahami. Namun kebanyakan pasangan lebih mengharapkan jantina lelaki bagi anak pertama. Lelaki dianggap lebih bertanggungjawab dan mampu untuk mendidik serta melindungi keluarga berbanding anak perempuan.
Namun begitu pasangan suami isteri hendaklah bersikap lebih fleksibel dalam hal ini. Jangan terlalu yakin atau berharap kerana ini semua merupakan ketentuan tuhan. Sebagai manusia kita hanya boleh berusaha sebaik mungkin. Menurut pakar sakit puan Dr. Hamid Arshat, jika anda mengikut tips-tips yang diberikan, potensi untuk mendapat jantina yang seperti anda rancangkan adalah sebanyak 70 peratus.
Faktor Makanan
Anak Perempuan – suami harus membanyakkan makan makanan yang bersifat alkali manakala isteri pula perlu mengambil makanan yang lebih berasid.
Anak Lelaki – suami pula yang perlu ambil makanan berasid manakala isteri pula mengambil makanan beralkali.
Contoh makanan beralkali: sayuran, buah-buahan, putih telur, susu dan sebagainya.
Contoh makanan berasid: daging, makanan laut dan sebagainya.
Faktor Masa
Anak Perempuan – kerap lakukan hubungan intim sebelum haid @ seminggu sebelum haid
Anak Lelaki – kerap lakukan hubungan selepas selesai sahaja haid @ seminggu selepas haid
Faktor Kedalaman
Anak Perempuan – tidak perlu masukkan zakar terlalu dalam pada vagina isteri
Anak Lelaki – perlu masukkan zakar lebih dalam paa vagina isteri
Faktor Klimak
Anak Perempuan – suami klimaks dulu
Anak Lelaki – isteri klimaks dulu
Faktor Persediaan (Isteri) – petua orang dulu-dulu
Anak Perempuan – cuci kemaluan dengan semangkuk air yang dicampurkan dengan satu sudu cuka sebelum bersama.
Anak Lelaki – cuci kemaluan dengan dengan semangkuk air yang dicampurkan satu sudu soda sebelum bersama.
Faktor Kedudukan @ Posisi
Anak Perempuan – suami di bawah isteri di atas
Anak Lelaki – isteri di bawah suami di atas
Walau apa pun kehendak dan keinginan kita, sifat syukur dan redha perlu lah ada dalam diri sebagai manusia biasa. Tidak kira lah sama ada jantina bayi lelaki atau pun perempuan, yang penting bayi yang bakal dilahirkan cukup sifatnya dan sihat.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604