Pernah tak para ibu mengalami bengkak susu atau payudara sakit dan bengkak. Biasanya ia berlaku ketika minggu pertama selepas bersalin.
Antara tanda-tanda payudara membengkak ialah:
- Sakit pada payudara
- Bengkak yang panas
- Kulit payudara tegang dan berkilat
- Payudara keras dan terasa ada ketulan
- Puting tenggelam ke dalam
- Bayi sukar melekap di payudara
Jika ada tanda-tanda seperti di atas, tandanya payudara anda sudah bengkak. Jadi apa yang anda perlu buat?
- Tuam sejuk dan panas
Langkah pertama legakan kesakitan dangan lakukan tuam sejuk dahulu. Iaitu dengan balut ais atau guna ice pack dengan tuala basah dan tuamkan di sekitar payudara. Tujuannya ialah untuk meredakan kulit payudara kebas dan kesakitan. Selepas itu, buat pula tuaman panas. Ambil tuala yang direndam air suam panas dan tuamkan sekeliling payudara. Tuam payudara daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini supaya saluran susu akan mengembang kerana kepanasan tuala tadi dan ianya dapat melancarkan semula saluran susu yang tersumbat.
- Urutan di sekitar puting
Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda, main-mainkan disekitar kawasan puting, tekan puting ke dalam secara perlahan dan tarik puting perlahan. Kemudian, gunakan jari anda dan buat urutan di sekitar keliling payudara. Urutkan daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Tepuk-tepuk bahagian tersebut secara perlahan. Buat berulang kali sehingga payudara terasa lembut.
- Memerah susu
Selepas payudara dan puting anda menjadi lembut, barulah anda boleh memerah susu. Jangan sesekali terus pam payudara yang sedang keras membengkak itu. Seeloknya mulakan dengan 2 cara di atas dahulu, kemudian baru mula memerah.
Anda boleh memerah menggunakan tangan atau pam. Paling efektif ialah perahan menggunakan tangan. Jika anda menggunakan pam, pastikan level pam adalah rendah dan perlahan.
- Susukan bayi secara kerap
Setelah payudara sudah hilang sakitnya serta semakin lembut lepas anda amalkan tips di atas, maka susukanlah bayi anda dengan kerap. Ketika bayi menghisap, rajin-rajinkan buat urutan payudara mula daripada atas payudara turun ke puting. Ini dapat melancarkan lagi aliran susu, supaya lebih banyak lemak susu yang terperangkap itu dapat dielakkan.
- Meletakkan kobis
Mengikut petua orang lama-lama, anda boleh juga letakkan kobis di payudara . Basuh kepingan kobis dan letakkan selama 15 minit sehingga bengkak itu surut dan lega. Tetapi, tidak boleh terlalu kerap. Ini kerana, kajian membuktikkan kobis mampu mengurangkan penghasilan susu secara perlahan-lahan. Boleh sahaja untuk guna sekali sekala, cuma tidak digalakkan setiap hari dan setiap masa.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604