TIPS MENDIDIK ANAK UNTUK MENGUNGKAP KATA MAAF

Kanak-kanak jarang berasa bersalah pada kesalahan yang kita rasakan perlu untuk mereka meminta maaf. Walaupun mereka sedar kesalahan itu berpunca daripada mereka sendiri, namun amat sukar untuk mereka mengungkapkan dua perkatan berharga ini. Bagi melatih seseorang itu berjiwa besar, merendah diri dan bertanggungjawab, didikan perlulah dimulakan sejak mereka kecil lagi.

Berikut merupakan tips untuk mendidik anak memohon maaf:

  1. Kekal neutral

Jika kanak-kanak bergaduh, pasti mereka akan salah-menyalahi antara satu sama lain, beritahu anak anda bahawa tidak semestinya orang yang bersalah sahaja perlu meminta maaf. Kanak-kanak boleh mengucapkan kata-kata seperti “Maafkan saya atas kejadian tadi.”

 

  1. Lakukan bersama

Jika anak anda sukar  untuk meminta maaf, temani dia mengucapkan kata maaf bersama-sama. Namun, selalunya anak-anak memerlukan masa untuk bertenang dahulu sebelum boleh meminta maaf.

 

  1. Jangan memaksa

Galakkan anak anda tanpa memaksanya untuk untuk mengucapkan kata-kata maaf. Anda hanya akan membuatkan situasi lebih teruk jika memaksa anak memohon maaf. Andai kata anak anda menurut kata anda ketika itu, perkataan maafnya tidak bermakna apa-apa sekaligus anda tidak dapat mengajarnya pengertian sebenar maaf.

 

Antara manfaat jika anak anda dapat mengekspresikan ‘minta maaf’ ialah

  • Kemahiran sosial kanak-kanak meningkat
  • Kanak-kanak belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan
  • Kanak-kanak akan menjadi seorang yang bertanggungjawab akan segala tindakannya
  • Anak anda tahu menjaga perasaan orang lain

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604