Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Adab berjalan juga perlu diterapakan kepada anak supaya dia tahu mengenai tatatusila dan adab sopan santun orang melayu.Tidak kira sama ada di hadapan tetamu atau bersama ibu bapa di rumah, anak-anak hendaklah dididik adab berjalan yang betul, ini termasuklah:

  • Apabila hendak lalu di hadapan orang yang lebih dewasa, bongkokkan sedikit badan sambil menghulurkan tangan kanan ke bawah sebagai tanda hormat.
  • Ketika hendak lalu biasakan kepada anak-anak dengan sebutan meminta izin seperti “Minta maaf, saya minta lalu.”
  • Berjalan dengan sopan dan tidak menghentak-hentakkan kaki.
  • Beri senyuman ketika sedang lalu.
  • Sekiranya ibu bapa sedang duduk berehat di ruang tamu, anak-anak jangan dibiarkan melangkah-langkah kaki ibu bapa sesuka hati.
  • Sekiranya ibu bapa sedang tidur atau berbaring di ruang tamu, berjalanlah perlahan-lahan supaya tidur mereka tidak terganggu.
  • Apabila berjalan bersama ibu bapa, anak-anak sebaiknya berjalan di belakang mereka sebagai menghormati ibu bapa, jangan sampai dianggap biadab.
  • Apabila ibu bapa telah uzur, pimpinlah mereka berjalan dengan penuh sopan. Sekiranya mereka perlu menggunakan kerusi roda, soronglah dengan sopan agar tidak mengganggu keselesaan mereka.
  • Apabila bertemu dengan orang tua uzur yang sedang berjalan, bantulah dengan memimpin mereka terutama ketika sedang melintas jalan.
  • Ajarkan juga kepada anak-anak berjalan berkumpulan supaya terselamat dari mara bahaya.
  • Ajarkan mereka berjalan di tepi jalan raya dengan melawan arus. Ini akan memudahkan mereka melihat kenderaan yang datang dari hadapan.
  • Ketika berjalan di tepi jalan elakkan daripada bermain-main atau melompat-lompat yang boleh menyebabkan mereka terleka sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.

 

Sumber: Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

 


 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty