Baby carrier sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa tatkala ingin keluar berjalan terutama sekali sewaktu ingin travel atau berjalan di tempat yang ramai orang. Dengan menggunakan baby carrier, pergerakan akan menjadi lebih lancar berbanding menggunakan stroller. Tambahan pula, penggunaan baby carrier dapat membantu meningkatkan keselamatan anak-anak agar lebih terjaga memandangkan anak-anak berada lebih dekat dengan ibu bapa.
Terdapat pelbagai jenis jenama baby carrier di pasaran hari ini dengan corak dan harga yang berbeza. Namun begitu ibu bapa hendaklah menitikberatkan keselamatan dan keselesaan anak sewaktu menggunakan baby carrier tersebut.
PANDUAN MEMILIH BABY CARRIER YANG BETUL
1)Pilih baby carrier berdasarkan ‘TICKS’:
T – Tight: Pastikan anak erat dalam dakapan ibu/bapa/pembawa namun kedua-duanya haruslah dalam keadaan yang selesa. Elakkan terlalu ketat/rapat sehinggakan anak sukar untuk bernafas.
I – In view at all times: Pastikan anak sentiasa dalam pantauan. Jika anda menggunakan back carrier, sentiasalah berkomunikasi dengan anak-anak.
C – Close enough to kiss: Penanda bagi menentukan anak-anak berada pada aras yang betul adalah anda dapat mencium dahi/kepala anak-anak. Jika tidak, itu menunjukkan bahawa anak-anak berada dalam kedudukan yang salah.
K – Keep chin off the chess: Pastikan dagu anak tidak terlalu bersentuhan/tertekan ke bahagian dada. Ini akan mengakibatkan anak tidak mampu bernafas dengan lancar.
S – Supported back: Bahagian belakang anak hendaklah disokong dan berada dalam keadaan semulajadi. Penting bagi bayi yang berusia 4 bulan dan ke bawah untuk berada di dalam bentuk C (seperti dalam kandungan) kerana tulang mereka masih belum kuat.
2)Pastikan selesa, selamat & ergonomic
Ibu bapa hendaklah memastikan baby carrier yang hendak dibeli selamat, selesa dan ergonomic untuk digunakan oleh si anak.
3)Pilih ikut kesusaian
Terdapat pelbagai jenis baby carrier di pasaran antaranya soft structure carrier (ssc), wrap, ring, sling, dan bermacam-macam lagi. Pilihlah mengikut kesesuaian umur anak-anak.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604