Hari raya bakal tiba mesti semua keluarga tidak sabar-sabar pulang ke kampung. Buat Ibu Hamil yang bakal menempuh perjalanan panjang pulang beraya, kami ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diguna pakai sepanjang perjalanan:

1. Ibu mengandung digalakkan berbincang dengan doktor sebelum menempuh perjalanan jauh samada melalui darat atau udara. Sebaiknya rancang perjalanan antara 28-32 minggu kehamilan.

2. Jika menaiki kereta, digalakkan banyak berhenti rehat, minum air secukupnya dan elakkan stress sepanjang perjalanan. Suami jangan nak bawa kereta macam orang gila. Kesian bini yang hamil asyik tekan brek kaki yang tiada di ruangan co pilot sambil berharap kereta mereka boleh ditukar dengan kereta latihan memandu ketika suami sedang asyik speeding.

3. Ibu hamil dinasihatkan membuka buku pink di klinik kesihatan kerajaan. Semua saringan dan ujian penting semasa mengandung akan dilakukan di sana. Kemudian jika mahu rawatan susulan di klinik swasta terpulang kepada anda tetapi perlulah maklum kepada klinik yang menjaga anda. Sebaiknya ikut sahaja temu janji yang telah diaturkan.

4. Jika ibu hamil pulang ke kampung beraya, dinasihatkan singgah sebentar ke klinik desa atau klinik kesihatan terdekat di kampung untuk pemeriksaan diri dan bayi terutama bagi yang menghampir dengan tarikh bersalin selepas perjalanan jauh. Ini juga bagi mendapatkan nombor rujukan penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Ini kerana malang tidak berbau tidak mengira umur kandungan dan status ibu tersebut.

5. Minta klinik kesihatan yang menjaga anda sekarang untuk maklumkan kepada klinik kesihatan di kampung anda tentang kepulangan anda. Wah bunyi macam VIP. Nak balik kampung pun kena maklum orang lain untuk sambut. Ya, memang kami merawat anda bak seorang VIP. Penting untuk pasukan kami tahu berapa ramai ibu hamil di dalam kawasan jagaan kami agar memudahkan urusan penjagaan anda nanti.

6. Penjagaan selepas bersalin atau berpantang juga diuruskan oleh klinik kesihatan di kampung. Hospital Swasta jarang mempunyai perkhidmatan ini. Oleh itu penting praktiskan saranan 3,4,5 di atas agar urusan berpantang anda dipermudahkan di kampung.

Memandangkan Hari Lebaran semakin menghampiri, dijangka berlaku peningkatan trafik untuk pulang beraya.

Sudah pasti, ibu hamil adalah salah seorang mangsa kesesakan trafik.

Paling penting, sila berbincang dengan doktor dan jururawat di klinik ibu anak sebelum memulakan perjalanan jauh.

Semoga anda sekeluarga selamat pulang ke kampung halaman.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty