TIPS ANAK DUDUK DIAM SEWAKTU MAKAN DI RESTORAN

Dalam proses anak-anak ingin membesar banyak kerenah mereka yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa. Kadang kala rasa malas nak keluar berjalan. Bimbang anak-anak akan buat perangai.

Paling merimaskan bila anak-anak tidak tahu duduk diam sewaktu makan di restoran. Belum lagi masuk part makan sepah-sepah dan berlari kesana kemari dalam restoran.

5 tips anak duduk diam sewaktu makan di restoran

1)Restoran yang sesuai dengan anak-anak

Seeloknya ibu bapa hendaklah memilih restoran yang sesuai dengan anak-anak. Contohnya restoran makanan segera seperti MacD, KFC. Suasana restoran yang ceria, makanan yang bersesuaian, dan terdapat kawasan permainan untuk anak-anak membuatkan mereka lebih mudah untuk diurus.

2)Mainan dan buku

Jangan lupa untuk bawa mainan dan buku kegemaran anak-anak. Dengan cara ini, anak-anak akan lebih mudah leka sambil menikmati makanan di restoran.

3)Snek ringan

Sementara menunggu hidangan sampai, ibu bapa bolehlah memberi anak-anak snek sebagai kudapan untuk mengelakkan mereka berasa bosan. Snek seperti buah potong sangat sesuai kerana ianya bukan sahaja sihat dan berkhasiat malah tidak begitu mengenyangkan.

4)Raikan anak anda

Cuba jadikan aktiviti makan di restoran sebagai satu ganjaran pada anak-anak. Contohnya upah anak anda dengan makanan kegemaran mereka jika mereka berkelakuan baik. Dengan ini, anak-anak pasti akan mengawal kelakuan mereka untuk peroleh ganjaran tersebut.

5)Perbanyakkan komunikasi

Sewaktu di meja makan ibu bapa boleh lah berkomunikasi dengan anak-anak secara aktif. Elakkan mengadap gadjet atau memberikan anak-anak anda gadjet. Didik anak-anak untuk menghargai waktu bersama keluarga.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

Leave A Comment