TIP MERANGSANG ANAK UNTUK MERANGKAK

Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Namun ibu-ibu akan cepat cemas apabila anak-anak tidak merangkak lagi pada usia yang sepatutnya. Tidak semua bayi mempunyai kemampuan sama. Jadi ibu-ibu tidak perlulah risau apabila anak lambat merangkak, itu tidak bermakna tanda gangguan pada perkembangan anak.

Berikut merupakan beberapa tip untuk merangsang anak untuk merangkak:

  1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsanan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak mengunakan perut mereka.
  1. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
  1. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
  1. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
  1. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
  1. Ada kalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.

Tetapi, kadang-kadang anak tidak dapat merangkak disebabkan beberapa faktor:

  • Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
  • Kekurangan nutrisi
  • Kurang stimulasi merangkak
  • Gangguan keseimbangan

 


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-03-22T05:30:45+00:00March 22nd, 2017|parenting|

Leave A Comment