TANDA-TANDA WANITA TIDAK SUBUR DAN ‘SUSAH LEKAT’

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata buat penyeri hidup mereka. Namun begitu, tak semua pasangan akan memperoleh rezeki anak dengan mudah. Kadang kala tempoh perkahwinan sudah menjangkau lebih 5 tahun namun masih tiada tanda-tanda si isteri bakal hamil.

TANDA-TANDA TIDAK SUBUR BAGI WANITA

1)Haid yang terlalu banyak

Haid yang terlalu banyak boleh dikaitkan dengan simptom menorrhagia. Ia adalah salah satu masalah kesihatan yang dikaitkan dengan tanda tidak subur. Faktor yang mendorong kepada simptom menorrhagia adalah antaranya pengambilan ubat-ubatan tertentu, UID, komplikasi kehamilan, atau ketidakseimbangan hormon.

2)Haid tidak tetap

Bagi para wanita yang sedang merancang untuk hamil, kebiasaannya mereka akan mencatat kitaran haid bagi memudahkan mereka untuk mengenalpasti waktu subur. Namun jika kedatangan haid tidak tetap; ada kalanya datang, dan ada kalanya tidak, ini bererti anda tidak mengalami ovulasi. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, rujuklah pakar dengan segera.

3)Haid yang terlalu menyakitkan

Jika anda mengalami masalah senggugut yang biasa, itu adalah perkara yang normal. Namun jika sakit senggugut itu luar biasa sehingga terpaksa berguling-guling itu tandanya anda berkemungkinan menghidap penyakit endometriosis. Penyakit ini terjadi ketika jaringan dari lapisan dalam dinding rahim tumbuh di luar rongga rahim. Antara tanda lain endometriosis adalah kesakitan sewaktu melakukan hubungan seks, kesakitan pada dubur, atau pendarahan pada air kencing atau najis.

4)Jerawat yang terlalu banyak

Perubahan pada kulit seperti timbulnya jerawat yang terlalu banyak menunjukkan paras hormon anda. Ia boleh dikaitkan dengan masalah PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Keadaan ini berlaku apabila seseorang mengalami lebih hormon androgen.

5)Lebihan bulu badan

Akibat lebihan hormon androgen atau hormon lelaki, salah satu tanda tidak subur adalah banyak nya lebihan bulu di badan atau di wajah. Ini menunjukkan masalah ketidak seimbangan hormon.

6)Rambut gugur

Selain masalah jerawat di wajah, kualiti rambut juga boleh menunjukkan masalah hormon anda. Kebiasaannya wanita yang kurang subur mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk.

7)Terseksa dengan hubungan seks

Wanita yang mengalami masalah kesuburan selalunya akan kurang bernafsu untuk melakukan hubungan seks. Ini kerana hubungan seks dianggap menyakitkan terutama bagi mereka yang mengalami masalah endometriosis.

8)Naik berat badan secara mendadak

Wanita yang mengalami PCOS dan mempunyai lebihan hormon androgen dipercayai lebih mudah naik berat berat badan walaupun tidak ada sebarang perubahan pada rutin harian.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

By | 2017-08-24T04:17:21+00:00 August 24th, 2017|kehamilan, Latest Articles, Rawatan tradisional, senarai semak, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment