TANDA-TANDA ANDA TELAH SILAP MENDIDIK ANAK

Membesarkan anak-anak dengan persekitaran hari ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Proses yang paling penting dalam mendidik anak-anak adalah sewaktu mereka masih kecil kerana pada waktu ini lah mereka masih senang untuk dibentuk dan diubah perangai serta akhlahnya.

Sebagai ibu bapa pastinya anda mahukan yang terbaik. Jika ada yang kurang elok pada kelakuan anak-anak anda maka lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Jangan dibiarkan sehingga ia sudah terlewat. Andai nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang mampu diubah disaat itu.

 

Tanda-tanda anda telah silap mendidik anak-anak

 

1)Anak mudah merungut

Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ‘ah’, dan janganlah kamu membentak mereka. [QS. Al-Isra’ (17): 23] ‘Uquuqul walidain (durhaka kepada orang tua) adalah dosa besar.

Dalam Islam ada menegaskan bahawa anak-anak tidak boleh membantah kata ibu bapa walaupun dengan menyebut ‘ah!’. Perbuatan ini dianggap sebagai derhaka.

2)Tidak melayani ibu bapa dengan baik

Anak-anak lebih suka bersikap kasar dengan ibu bapa dan melayani tanpa rasa hormat. Mereka juga lebih gemar meninggikan suara dan hanya akan menghulurkan bantuan tatkala disuruh.

3)Menajamkan mata

Andai ada sesuatu yang anak-anak kurang setuju atau puas hati dengan ibu bapa, mereka lebih mudah untuk menajamkan mata dan menarik muka.

4)Tidak menghiraukan perasaan ibu bapa

Anak-anak lebih mengutamakan perasaan mereka sendiri daripada orang tua. Mereka tidak mempunyai rasa simpati dan tidak mengendahkan perasaan ibu bapa mereka dalam membuat keputusan.

5)Mudah bercakap bohong

Anak-anak tidak kelihatan teragak-agak untuk bercakap bohong. Contohnya seperti mengaku sudah solat sedangkan mereka masuk bilik dan melakukan perkara lain.

6) Suka mengarah

Anak-anak lebih cenderung untuk mengarah orang tua untuk melakukan sesuatu perkara bagi pihak mereka tanpa menggunakan perkataan yang sopan seperti ‘minta tolong’ atau ‘terima kasih’.

Contohnya:

‘mak, sendukkan nasi. nak makan la.’

‘Ayah, hantarkan adik pergi kedai jap.’

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By |2017-08-02T04:24:02+00:00August 2nd, 2017|Creative, Latest Articles, parenting, Tip & Petua, Uncategorized|

Leave A Comment