TANDA BAYI NAK TUMBUH GIGI

Kebiasaannya bayi akan mula tumbuh gigi seawal usia 6 bulan. Namun masih ada bayi yang belum tumbuh gigi walaupun umurnya sudah lebih setahun. Ini merupakan perkara yang normal.

Simptom yang terjadi tatkala si bayi bakal tumbuh gigi adalah lebih kurang sama. Proses ini akan berulang kembali pada tempoh tertentu hinggalah bayi memiliki 20 set gigi yang lengkap sekitar usianya 3 tahun.

 

10 TANDA BAYI TUMBUH GIGI.

1)SUKA MENGGIGIT-

Satu tanda paling ketara untuk bayi  yang bakal tumbuh gigi adalah sifat nya yang suka menggigit. Ini kerana menggigit dapat memberi kelegaan pada gusi mereka.

2)AIR LIUR MELELEH

Air liur yang berlebihan akan dihasilkan untuk melembapkan gusi bayi yang lembut. Simptom ini mungkin berlaku beberapa bulan lebih awal sebelum gigi mereka tumbuh.

3)GEMAR MEMASUKKAN JARI KE DALAM MULUT

Sama seperti proses menggigit, perbuatan memasukkan jari ke dalam mulutnya menujukkan bayi sedang gatal gusi atau bakal tumbuh gigi baru.

4)MENARIK TELINGA

Menurut satu kajian saintifik, menarik telinga merupakan salah satu cara untuk bayi meredakan kesakitan yang mereka alami sewaktu dalam proses tumbuh gigi.

5)RUAM MUKA

Sesetengah bayi akan mendapat ruam kulit kerana air liur yang meleleh tadi. Ini kerana kulit bayi yang agak sensitif. Maka ibu boleh la menyapu ‘nipple cream’ pada bayi. Pastikan ianya bersifat organic, hypo-allergenic.

6)KERAP MENANGIS

Bayi yang sedang dalam proses untuk tumbuh gigi sering berasa tidak selesa. Maka tidak peliklah mengapa mereka mudah menangis dan meragam tanpa sebab.

7)KURANG BERSELERA

Pada ketika ini, bayi mungkin lebih suka untuk mendapatkan payudara tetapi kurang meminumnya. Para ibu mungkin menganggap si anak sedang ‘bermain-main’ atau kurang berselera tetapi sebenarnya mereka sedang cuba untuk melegakan kesakitan di gusi mereka.

8)BATUK DAN MUNTAH

Ada sesetengah bayi yang akan batuk dan muntah akibat daripada pengumpulan air liur yang banyak di dalam mulut mereka. Ibu bapa tidak perlulah risau jika bayi mengalami simptom ini asalkan tiada kenaikan suhu badan mereka.

9)TERJAGA MALAM

Ketidakselesaan yang dialami oleh bayi kadang kala terjadi di waktu malam. Ini akan membuatkan si manja terjaga dari tidur dengan mudahnya.

10)CIRIT-BIRIT ATAU DEMAM

Simptom ini biasanya dikaitkan dengan tabiat bayi yang suka memasukkan barang ke dalam mulut. Akibatnya, bakteria yang terkumpul akan menyebabkan demam atau cirit-birit.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

Leave A Comment