TAK BEDUNG ANAK PUNCA MEREKA SUSAH TIDUR

“Eh Nisa, anak kau tidur memang tak dibedung ke?”

“Tak pun. Biarlah dia tidur bebas macam tu. Kesian kat anak tu panas kalau kena bedung. Kita yang tengok pun rimas.”

 

Majoriti ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata akan mudah berasa kesian kepada bayi mereka. Bagi mereka, jika bayi menangis apabila dibedung itu bermakna bayi sedang berasa rimas atau kepanasan. Akhirnya, bayi dibiarkan tidur begitu sahaja tanpa dibedung.

Ini akan menyebabkan bayi lebih mudah terjaga dan tidur tak lena! Apabila bayi kurang tidur maka lebih mudah untuk mereka meragam. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada ibu bapa untuk menenangkan dan menjaga si manja.

Nampak seperti perkara kecil bukan? Tapi percayalah, bayi yang kurang meragam adalah punca ketenangan ibu bapa.

 

ANTARA KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI ADALAH:

1)Membedung bayi dapat mengelakkan bayi daripada rasa terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.

2)Kain bedung yang membaluti tubuh bayi akan membuatkan bayi berasa seakan berada di dalam rahim ibunya.

3)Ia dapat mengelakkan si manja mencakar mukanya sendiri terutama sekali apabila tidak dipakaikan stokin tangan.

4)Membedung dapat mengekalkan kehangatan pada si manja yang lebih mudah berasa sejuk.

5)Membedung terbukti dapat meredakan tangisan si manja.

6)Membedung dapat membantu penyusuan bayi kerana ia mengehadkan pergerakan si manja.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

Leave A Comment