Seluruh negara terkejut dengan kejadian di Kota Bharu apabila seorang ibu sanggup mengelar bayi berusia 3 bulan sendiri sehingga mati. Bagaimana seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri? Pelbagai persoalan timbul. Namun perkara ini tidak mustahil. Ibu tersebut dilaporkan sedang meracau semasa ditahan. Ahli keluarga juga melaporkan ibu tersebut mendengar bisikan halus beberapa hari sebelum kejadian.
Apa itu Gila Meroyan atau Postpartum Psychosis?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak. Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri. Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH. Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan. Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain. Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan. Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Antara tanda-tanda gila meroyan adalah:
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– sering menangis
– sering mengadu
.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah kerap berhalusinasi dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi. Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka. Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin. Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat. Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti. Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Jenis-jenis meroyan adalah seperti berikut:
1) Postpartum blues/maternity blues/baby blues – paling simple dan paling sekejap. Tanda-tandanya adalah seperti mood tak stabil, tiba-tiba menangis, senang rasa down.
2) PPD/postpartum depression/kemurungan lepas bersalin/meroyan – lebih teruk dan lama daripada blues tu. Tanda-tandanya sama jugak tambah cepat bersedih, kurang tenaga, susah tidur, cepat marah dan bertindak kasar. Tak kira terhadap suami, bayi atau orang lain.
3) Postpartum psychosis/gila meroyan – paling teruk, paling lama dan PALING BAHAYA. Sebabnya ada semua tanda-tanda diatas tu yang dialami dgn teruk sekali. Contoh langsung tak boleh tidur sejak bersalin. Tambah pula akan delusion(kepercayaan yg tidak berasas yg dipercayai sungguh2), berhalusinasi(dengar suara, nampak benda takde), paranoia(meroyan tanpa sebab kukuh), rapid mood swings(kejap marah kejap nangis kejap gelak2) dan byk lagi. Sebab apa yang dianggap sebagai realiti tidak sama dengan org lain, tindakan mereka yang mengalami perkara2 itu BOLEH MEMBAHAYAKAN diri ibu dan orang lain. TERUTAMANYA bayi yang baru dilahirkan tersebut.
4) Pre-existing depression/kemurungan sedia ada – sebelum dan ketika bersalin ada kemurungan. Bila dah melahirkan anak jadi makin teruk.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan. Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan. Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa) Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
.
Sama-sama harungi bahtera rumahtangga.
kredit kepada : Pseudoscience Watch & Dr Afiq Rahim

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604