Rutin Harian Penjagaan Bayi

bayi_penjagaan

Ramai ibu bapa yang pertama kali mendapat anak tidak dapat membiasakan diri dengan menjaga anak kecil yang memerlukan jagaan yang rapi.

Selain daripada menukar lampin dan menyusukan mereka, ada beberapa lagi penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi.

Dengan menghasilkan rutin atau jadual harian, penjagaan bayi baru lahir akan menjadi lebih teratur dan menyenangkan untuk ibu bapa.

Rutin harian penjagaan bayi boleh dimulakan seperti berikut:

  • Mandian Bayi

Badan bayi yang masih kecil dan lemah harus dipegang atau didukung dengan rapi bagi memandikan mereka. Pastikan peralatan mandian seperti sabun mandian, tuala dan bekas mandian yang telah diisi dengan air suam sudah disiapkan dengan lebih awal.

Teruskan mandian dan pastikan air diratakan dan gunakan sabun yang sesuai dengan kulit bayi. Tutupkan bahagian badan bayi dengan tuala apabila sedang membersihkan muka dan kepala bayi bagi mengelakkan bayi kedinginan.

 

  • Penjagaan Selepas Mandi

Selepas habis mandi, bayi harus diselimutkan dengan tuala agar tidak sejuk. Lapkan kepala dan ubun-ubun bayi sehingga kering. Ini dipercayai dapat mengurangkan bayi senang selsema atau ‘tangkap sejuk’. Bagi bayi baru lahir, pusat bayi harus kering dan bersih.

Pastikan barang-barang keperluan selepas mandi sudah disediakan, seperti minyak bayi, bedak atau krim, lampin dan pakaian.

 

  • Urutan selepas mandi

Lapkan badan bayi dan ambil sedikit minyak urutan bayi. Gunakan minyak yang sesuai untuk urutan bayi supaya bayi akan berasa selesa dan tenang apabila diurut. Tumpukan urutan pada perut,belakang dan tapak kaki bayi. Ini dapat melancarkan sistem penghadaman dan peredaran darah bayi.

Terdapat banyak cara untuk urutan bayi, antaranya ialah seperti yang kami kongsikan di link berikut:

https://www.facebook.com/ningsalmah/videos/500348646840065/

 

  • Pemakaian bayi

Gunakan baju atau pakaian yang sesuai untuk peringkat umur bayi. Bayi harus boleh bergerak dengan selesa bagi rangsangan deria sentuh mereka. Pemakaian juga harus sesuai dengan suhu persekitaran agar bayi tidak terlalu panas atau sejuk.

Bayi digalakkan memakai barut sehingga 2-3 bulan bagi mengelakkan perut kembung. Bagi bayi yang gemar dibedung, dinasihatkan supaya bedung diikat tidak terlalu ketat bagi keselesaan pergerakkan bayi. Sarung tangan dan stokin bayi sesuai dipakaikan terutamanya bagi bayi yang dalam pantang.


Bila sudah terbiasa dengan rutin harian seperti di atas, InsyaAllah ibu bapa akan berasa lebih yakin untuk menjaga anak mereka!

Jadikan rutin harian ini satu aktiviti yang menyeronokkan dan yang dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

By |2016-11-28T03:29:03+00:00November 28th, 2016|Tip & Petua|

Leave A Comment