Malaysia sekali lagi tergempar dengan berita tentang kolam air mandian dan jangkitan Rotavirus.
Ibu bapa perlu menitikberatkan unsur-usur kebersihan, ini kerana penyebab utama Rotavirus adalah tahap kebersihan keadaan sekeliling yang kurang baik. Virus ini amat bahaya dan ibu bapa tidak boleh memandang enteng kerana ia boleh dibawa maut.
Apa itu Rotavirus?
Rotavirus merupakan sejenis virus yang merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain. Contohnya, ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, tangan terkena najis dan dia tidak membasuh tangan tersebut lalu memegang peralatan atau makanan.
Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan tesebut dengan tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak-kanak itu.Kanak-kanak tersebut akan mengalami cirit-birit yang teruk, demam yang tinggi dan juga muntah-muntah.
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berisiko mendapat serangan Rotavirus ini. Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.
Pesakit harus dibawa ke hospital dengan serta-merta jika mengalami simptom berikut:
- Pesakit akan kelihatan letih dan lesu.
- Bibir dan lidah berasa kering.
- Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis.
- Mata cengkung.
- Ubun-ubun pada bayi kecil mencengkung ke dalam.
- Kekurangan air kencing.
Rawatan kecemasan diperlukan untuk memastikan pesakit tidak dehidrasi dan kekurangan air dalam badan.
Cara-cara mencegah virus ini;
- Salah satu kaedah pengawalan adalah dengan pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan lebih kerap.
- Kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas.
- Elakkan menyentuh peralatan atau permainan kanak-kanak sebelum membersihkan tangan.
- Mendapatkan vaksinasi dalam bentuk cecair yang boleh diberi pada bayi seawal usia enam minggu.
Lebih elok kita mencegah daripada merawati!

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604