Apakah ertinya kelahiran pramatang?

Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang, yang juga dikenali sebagai kelahiran pramasa atau prematur, berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan.

Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Risiko yang mungkin ada bagi kelahiran prematur

Terdapat banyak faktor risiko yang lain. Ingatlah bahawa anda mungkin positif bagi semua faktor-faktor ini, namun, masih boleh mengandung bayi anda sehingga genap sembilan bulan atau anda yang tidak positif bagi faktor-faktor ini, namun, masih melahirkan bayi secara pramatang. Faktor-faktor risiko ini ialah:

Apa yang perlu saya lakukan jika saya rasa saya sedang mengalami kelahiran pramatang?

Jika air ketuban anda pecah atau anda mula mengalami kontraksi sebelum minggu ke-37 kehamilan, hubungi doktor anda dengan segera. Hubungilah dia walaupun pada tengah malam; jangan tunggu sehingga pagi – telefon dengan segera! Anda akan diminta pergi ke hospital. Jangan memandu sendiri. Jika tiada sesiapa boleh membawa anda ke hospital, hubungi ambulans.
Doktor tidak boleh menghalang perlahiran pramatang jika proses itu sudah bermula dan maupun anda berehat, anda tidak akan membantu menghalangnya. Jika kandungan anda itu kurang daripada 34 minggu, doktor anda akan memberikan anda ubat untuk menangguhkan perlahiran buat sementara waktu.

Anda juga akan diberikan ubat steroid untuk membantu mematangkan paru-paru bayi anda. Paru-paru bayi anda belum bersedia menarik nafas sehingga kira-kira minggu ke-36 kehamilan, jadi, jika bayi dilahirkan sebelum ini, dia mungkin akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Suntikan steroid membantu paru-parunya matang dengan lebih cepat.

Jika anda lebih daripada minggu ke-34 kehamilan, doktor anda akan membenarkan perlahiran diteruskan secara normal. Selalunya, bayi anda akan sihat walaupun saiznya agak kecil.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty