RISIKO DAN KESAN BIUS KETIKA PROSES KELAHIRAN

Bius adalah wajib bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan. Epidural dan spinal anesthesia merupakan dua jenis kaedah pembiusan yang paling banyak digunakan untuk proses kelahiran.

Tetapi fungsi kedua-dua bius ini adalah berlainan. Apakah perbezaannya?

YANG MANA SATU?

Ibu yang dijadualkan untuk bersalin secara pembedahan, spinal anaesthesia akan digunakan. Manakala epidural pula digunakan bagi ibu bersalin secara normalbagi mengurangkan kesakitan akibat kontraksi. Spinal anaesthesia cepat bertindak dan mempunyai kadar pembiusan lebih tinggi berbanding epidural yang tidak disuntik secara terus pada kantung cecair (sac of fluid) berdekatan dengan tulang.

Bagi ibu yang bersalin normal dan menggunakan epidural sebagai penahan sakit dan perlu menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan, epiduralakan diteruskan selepas pemeriksaan pakar bius. Dos bius ditambah menerusi catheter yang sedia dipasang tanpa perlu melakukan spinal anaesthesia.

APAKAH RISIKO DAN KESAN BIUS?

Masyarakat sering ditakut-takutkan bahawa bius adalah tindakan mencucuk tulang belakang yang boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif pada masa akan dating walhal suntikan dibuat bukan terus kepada tulang tetapi di antaran ruas tulang belakang.

Walaupun begitu perlu difahami bahawa prosedur bius ini juga boleh mendedahkan anda kepada beberapa risiko. Terdapat dua faktor iaitu pakar bius dan pesakit itu sendiri. Antaranya ialah kegagalan dan kecederaan saraf. Bagi pakar bius yang sudah biasa melakukannya, kadar kegagalan adalah rendah.

Selain itu, terdapat juga faktor daripada pesakit seperti ciri abnormal pada tulang belakang yang boleh meningkakan kecederaan saraf. Kesan alahan atau alergi kepada ubat juga boleh berlaku yang menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kulit.

3 PERKARA PENTING SELEPAS KELAHIRAN YANG DIBIUS

  • Baring tanpa bantal selama lapan jam hingga 12 jam selepas pembedahan dilakukan.
  • Memakai bengkung moden 24 jam selepas pembedahan sebagai sokongan kepada bahagian perut dan tulang belakang.
  • Bergerak seawall mungkin selepas tempoh berbaring selama lapan hingga 12 jam selepas pembedahan supaya pengaliran darah.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

By |2017-04-17T04:26:35+00:00April 17th, 2017|kelahiran|

Leave A Comment