RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN. NORMAL ATAU TIDAK?

Ramai para ibu yang mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin. Jumlah rambut gugur yang terlalu banyak mendatangkan kerisauan pada para ibu.

Adakah ini merupakan satu perkara yang normal? Adakah semua ibu mengalami perkara yang sama? Adakah kepala ini akan botak? Sampai bila rambut akan gugur sebegini banyak?

Perkara yang ibu-ibu perlu tahu:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh kehilangan antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik sahaja bayi mencecah umur setahun.

4. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

5. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

6. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

7. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

8. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih sedar akan masalah ini.

 

Apa yang harus para ibu lakukan?

1.Teruskan mengambil makanan yang berkhasiat serta kaya dengan protein dan zat besi.

2. Elakkan membuat rawatan rambut seperti melurus dan mengerintingkan rambut.

3. Elakkan menggunakan bahan kimia seperti mewarna rambut sehingga lah rambut kembali normal.

3.Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

4.Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

 

 

Leave A Comment