Anak tenang, ibu senang!

Nak tahu rahsia mengekalkan keceriaan si manja? ikuti langkah-langkah ini:

 

bayi_kembung

bayi_kembung

  1. TIDUR AWAL

Ibu bapa harus memastikan pola tidur si manja sentiasa terjaga. Tempoh tidur seorang kanak-kanak itu berbeza mengikut umur:

  • Bayi berusia 0 hingga 2 bulan : 12 – 18 jam sehari
  • Bayi berusia 3 hingga 11 bulan : 14 – 15 jam sehari
  • Kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun : 12 – 14 jam sehari
  • Kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun : 11 – 13 jam sehari
  • Kanak-kanak berusia 5 hingga 10 tahun : 10 – 11 jam sehari

Menurut kajian, tidur awal sangat penting untuk bayi & kanak-kanak kerana fasa pertumbuhan mereka berlaku ketika mereka di dalam keadaan deep sleep. Untuk mencapai tahap deep sleep ibu bapa harus memastikan si manja tidur seawal jam 9 malam. Di dalam tempoh ini juga, tubuh bayi & kanak-kanak dapat membina sistem imunisasi yang baik yang menjamin mereka kekal sihat. Jika dilihat pada masa kini, kanak-kanak mudah dijangkiti penyakit akibat tidur lewat. Menurut statistik, majoriti kanak-kanak di Malaysia tidur pada jam 12 tengah malam ke atas. Kebanyakan dari mereka leka bermain handphone, tab & ipad.

Tips untuk pastikan bayi tidur awal:

  • Jangan beri makanan yang manis selepas jam 6pm. Gula yang berlebihan mengakibatkan kanak-kanak menjadi aktif & agresif akibat daripada sugar rush.
  • Pastikan waktu tidur mereka konsisten. Tidurkan si manja anda pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan bilik tidur dalam keadaan yang malap serta nyaman.
  • Selepas mandi petang, lakukan urutan ke atas bayi anda agar mereka tidur nyenyak di malam hari.

 

  1. BERINTERAKSI DENGAN ANAK ANDA

Di dunia yang serba moden sekarang ini, ibu bapa seringkali mengambil langkah mudah dengan memberi anak-anak mereka bermain dengan handphone & tab. Memang tidak dinafikan banyak info yang dapat dipelajari, namun jika tiada kawalan dari ibu bapa, teknologi ini akan membinasakan. Sebagai permulaan, ibu bapa haruslah berinteraksi dengan anak-anak bermula dengan perkataan dahulu, jangan terus ajar mereka ayat yang panjang. Jika anak anda buat salah, jangan terus dimarahi, sebaliknya terangkan kepada mereka, jika boleh, pastikan ada eye contact di antara anda dan si manja, pastikan di paras yang sama. Selain itu, ibu bapa haruslah memastikan si manja tidak terdedah dengan mainan yang tidak realistik, sebaliknya banyakkan permainan yang berkonsep seperti lego, blok ABC, kereta, binatang dan lain-lain. Elakkan permainan yang tidak realistik seperti superheroes, barbie doll dan sebagainya.

 

  1. URUTAN BAYI & KANAK-KANAK

Selain dapat merapatkan hubungan ibu bapa dan bayi, urutan juga dapat melancarkan peredaran darah. Terdapat beberapa kebaikan di sebalik urutan bayi:

  • Memudahkan si manja tidur di malam hari
  • Memberi keselesaan kepada kembung perut dan sembelit pada si manja
  • Membantu perkembangan fizikal & psikologi si manja
  • Membantu tumbesaran si manja

Tips urutan yang sempurna ialah dengan mengikut turutan ini, bermula dengan urutan muka dan kepala, kemudian urutan dada dan perut secara bulatan (ikut arah lawan jam) dan kemudian urutan di tangan, kaki dan belakang badan. Sebaiknya gunakan Minyak Tenang Anakanda kerana ianya tidak panas dan amat sesuai untuk bayi yang baru lahir.

Untuk teknik urutan yang betul, sila klik di sini:

INILAH TEKNIK URUTAN BAYI YANG BETUL!Kalau taknak baby kembung perut sebab masuk angin atau mudah kena selesema, amalkan teknik urutan ni setiap kali lepas mandi. Gunakan MINYAK TENANG ANAKANDA!SHARE video ini untuk kebaikan semua! ❤️❤️

Posted by Ning Salmah on 3hb Oktober 2016

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604