Pernahkah ibu bapa melalui masalah mata bayi bertahi,melekat dan bengkak semasa bayi dalam pantang? Ataupun berterusan sehingga bayi sudah lebih 3 bulan?
Masalah ini mungkin berlaku kerana radang kelopak air mata (tear sac atau lacsimal sac).
Radang lazimnya berpunca daripada saluran yang tersumbat, yang selalunya membolehkan cecair tersebut mengalir keluar melalui saluran hidung. Masalah ini biasa berlaku dalam kalangan bayi baru lahir.
Saluran yang tersumbat ini menyebabkan air mata berkumpul dan mata kelihatan berair. Apabila air mata tidak mengalir, air mata yang ditadah dijangkiti kuman dan membentuk tahi mata.
Kebanyakkan saluran mata ini terbuka sendiri sebelum umur satu tahun. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan segera.
- Membersihkan mata – Bersihkan tahi mata dengan rumusan herba seperti berikut di bawah. Ambil kapas dan rendam di dalamnya. Gunakan kapas itu untuk mencuci mata bayi. Kemudian titiskan susu ibu ke dalam mata bayi. Lakukan ini setiap hari selepas mandi sehingga sembuh.
Rumusan Pencuci Mata
3 helai daun sirih
3cm kunyit hidup-tumbuk lumat
1 cawan air
Cara menyediakan
Ramas daun sirih bersama kunyit di dalam air dan rebus sehingga 1/4 cawan.
Tuang ke dalam bekas yang bersih dan sejukkan.
- Urutan salur mata- Urut salur-salur air mata yang terdapat dibawah kulit di tepi mata, sebelah hidung. Pastikan jari anda bersih dan urut dengan lembut. Bermula dari hujung mata menuju ke arah dalam iaitu ditepi hidung. Urutan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan ia dikatakan dapat membuka saluran yang tersumbat itu secara perlahan-perlahan.

Urutan pada saluran mata
- Jumpa Doktor – Jika terdapat tanda-tanda mata bayi anda merah dan membengkak serta demam,segera berjumpa dengan doktor, ini dikuatiri bayi anda mugkin mendapat jangkitan kuman pada selaput matanya.
Diolah daripada: Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Anisah Barakbah, Pengasas Nona Roguy dan Penasihat Ning Salmah

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604