POST INI KHAS KEPADA SEMUA IBU YG MENYUSU-BADANKAN ANAKNYA

Sebagai seorang suami dan bapa yg melihat usaha isteri sendiri, saya betul2 tabik hormat kepada anda semua. Ini tugas yg sangat berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.

susu_ibu_ebm

susu_ibu_ebm

Seawal kelahiran Azad, isteri saya begitu resah sebab susu tak cukup. Macam2 dia paksa telan. Rebus itu ini. Telan. Ubat itu ini. Telan. Kurma, susu, horlick, milo. Telan. Semua yang dulu dia tak suka, kini terpaksa telan.

Power-pumping.
Selang 3 jam kena pump. Tak kira di mana, tak kira siang malam. Tengah kerja, trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Tengah malam pukul 3 pagi, trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Kadang2 terkejut tgk ada makhluk tgh bersila, takde kepala (tengah tunduk) di sudut bilik tidur pukul 3 pagi dalam kesamaran cahaya bulan. trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt.

Bila malam, selang beberapa jam, anak mesti merengek nak susu. Paling kuat pun, saya hanya boleh angkat anak sambil pejam mata dan letakkan pada ibunya. Selebihnya, saya pun tak sedar dah apa jadi. Ini bermakna, si ibu hanya akan tidur-tidur ayam selama tempoh menyusu badan. Lebih kurang DUA TAHUN SETENGAH.

Baru ni terpaksa ke Bangkok dan meninggalkan anak di rumah. Sayu hati tgk isteri senget bahu bawa beg pump, dengan ice pack merata2. Lambat sikit pump, bertompok baju basah. Sakit bengkak susu juga katanya. Dlm flight trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Kat bilik hotel, tatkala saya “bergegas” utk tido sebab super-keletihan, isteri saya sedang siap2 nak trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt. Saya terjaga jam 3 pagi, nampak lagi jasad tanpa kepala di sudut katil sedang trrruuttt..trrruuutttt..trrruuutttt..trrt..trrt..trrt.

Susu disimpan dalam pek anti bacteria kemas2. Dilabel dengan nama Azad, siap tarikh dan masa. Disusun hati2 dalam freezer. Tengokkan caranya, susu ni mcm lagi berharga daripada emas!

Sampai airport nak balik Malaysia, beg susu kena tahan. Tak dibenarkan masuk. Bergenang air mata isteri. Terbayang “hadiah untuk Azad” bakal dirampas. Mata saya tiba2 masuk habuk. Tiba2 mcm ada sesuatu tersekat ditekak. Selepas dua kali scan, 4-5 org pegawai periksa, baru dilepaskan. Lega.

*****

Aku berazam kpd diri sendiri. Untuk bagi “discount” kepada isteri. Kalau tak sempat/tak larat nak masak tu, takpe lah. Rumah tak berapa kemas, baju takdan gosok, takpe lah.

Melihat Azad membesar dgn sihat, ceria, cergas dan cerdas hasil daripada titisan susu ibu sepenuhnya sudah cukup membahagiakan.

Begitu tinggi nilainya.
Hanya Allah mampu balas.

Terima kasih Noor Diyana

Nurkilan John Lemon

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2016-12-23T06:13:23+00:00December 23rd, 2016|penyusuan|

Leave A Comment