Sering kali kita mendengar keluhan ibu hamil yang menyatakan mereka sukar tidur pada waktu malam kerana perut yang semakin membesar. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kualiti tidur ibu terganggu malah mungkin boleh menjejaskan aktiviti pada waktu siang.

Ada ibu hamil yang pernah berkongsi dia lebih selesa tidur di atas kerusi sepanjang tempoh kehamilan. Namun kesannya pinggang akan sakit. Jika diikutkan kalau ibu hamil tahu posisi tidur yang selesa, masalah ini boleh dikurangkan dan ibu pasti tidak rasa stres sepanjang kehamilan.

1)Trimester Pertama

Pada trimester pertama, posisi tidur untuk ibu hamil masih banyak pilihan. Ikut kesesuaian keadaan kerana pada waktu ini perut ibu masih kecil. Walaupun begitu, ibu disyorkan untuk memilih posisi tidur yang paling selesa dan tidak memberi tekanan pada bahagian perut.

2)Trimester Kedua

Bagi ibu hamil yang berada dalam trimester kedua iaitu setelah kandungan mencecah 4 hingga 6 bulan, tidak semua posisi tidur boleh anda gunakan. Keadaan ini kerana perut ibu hamil yang mula membesar.

Buat pengetahuan semua, ibu tidak digalakkan untuk tidur meniarap dan posisi tidur terlentang. Posisi tidur meniarap akan membuat janin terhimpit oleh berat beban ibu hamil, walaupun hakikatnya pada kedudukan ini janin tetap terlindung oleh cairan ketuban yang membuatnya tetap mengapung.

Sedangkan posisi terlentang pula akan membuat ibu hamil mengalami sakit pinggang, masalah pencernaan, buasir dan sukar bernafas. Pelbagai masalah ini boleh berlaku kerana pada posisi tidur terlentang seluruh beban bayi akan menekan organ-organ dalam tubuh ibu, mulai dari rusuk tulang belakang, usus sehingga pembuluh darah di bahagian tulang belakang selain menganggu aliran darah kembali ke jantung.

Ibu juga perlu mengetahui bahawa posisi tidur terlentang sangat tidak digalakkan terutama bagi ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah tinggi (hipertensi).

Posisi tidur terlentang boleh mencetuskan peningkatan tekanan darah ibu hamil dan memburukkan lagi keadaan hipertensi bagi para pesakit terutama di usia kehamilan 6 hingga 9 bulan.

3)Trimester Ketiga

Pada usia kandungan yang mencecah 7 bulan ke atas, ibu disarankan untuk memilih posisi tidur mengiring, sama ada sebelah kiri atau kanan. Posisi tidur ini sebenarnya adalah posisi tidur yang baik untuk ibu hamil pada semua peringkat kehamilan.

Malah posisi tidur mengiring ke kiri juga turut diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sebenarnya posisi tidur mengiring ke kiri sepanjang kehamilan ternyata bermanfaat bagi pertumbuhan janin. Posisi tidur ini akan membuat aliran darah, oksigen, dan nutrisi dari badan anda ke plasenta janin menjadi lebih maksimum kerana tiada tekanan pada bahagian punggung sebelah kanan.

Selain itu, kedudukan ini juga membantu buah pinggang memproses sisa produk dan cecair tubuh ibu dengan lebih lancar dan boleh mengelakkan terjadinya pembengkakan pada kaki, pergelangan kaki  atau tangan anda semasa hamil.

Bagi memberi keselesaan, ibu boleh meletakkan bantal sokongan di antara kedua-dua celah paha, kedudukan kepala lebih tinggi berbanding perut serta mengubah seketika ke kiri ke kanan semasa tidur.

Dalam hal ini, suami perlu memainkan peranan dan sentiasa membantu isteri. Usahakan cara terbaik agar momen indah sepanjang kehamilan adalah saat yang membahagiakan untuk anda berdua.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty