PETUA TAMBAH SUSU BADAN

Memang tidak dinafikan, antara faktor yang menyebabkan bayi kembung perut adalah disebabkan kurangnya pengetahuan ibu tentang teknik penyusuan yang betul. Seawal kelahiran ramai ibu merungut kerana jumlah susu yang dihasilkan terlampau sedikit terutamanya apabila bayi mereka yang ditahan di nursery disebabkan jaundice atau demam kuning. Atas faktor ini, ramai antara ibu yang terpaksa pam susu dan merungut kerana susu yang dipam tidak penuh 1 botol. Perlu diingatkan di sini, seawal kelahiran, payudara ibu menghasil kolostrum, cecair kekuningan yang sangat baik untuk si manja anda. Fizikalnya pekat, likat dan sangat sedikit. Walaupun sedikit tetapi kandungan kolostrum sangat penting untuk bayi kerana selain mengandungi vitamin dan mineral penting untuk perkembangan bayi ia juga mengandungi antibodi yg dapat membantu menghalang si manja dari dijangkiti penyakit. Selain itu, di dalam kolostrum terkandung pelawas semulajadi yg tidak dapat dalam mana-mana susu lain. Ia membantu badan bayi menyingkirkan meconium (najis awal berwarna hijau)

Kolostrum yang dihasilkan di awal kelahiran adalah tersangat sedikit (gambar kiri) berbanding susu ibu (gambar kanan)

Kolostrum yang dihasilkan di awal kelahiran adalah tersangat sedikit (gambar kiri) berbanding susu ibu (gambar kanan)

Jadi, ibu tidak perlu risau kerana saiz perut bayi tersangat kecil dan ianya berkadar terus dengan umur bayi tersebut. Ibu hanya perlu memberi susu secara kerap (feeding on demand) dan elakkan penggunaan botol susu sehingga usia bayi mencecah 3 minggu. Ini penting kerana kekerapan hisapan bayi dapat memberi rangsangan kepada payudara untuk menghasilkan susu matang selepas itu.

Saiz perut bayi anda tersangat kecil, jadi ibu tidak perlu risau dengan penghasilan susu ibu di awal kelahiran

Saiz perut bayi anda tersangat kecil, jadi ibu tidak perlu risau dengan penghasilan susu ibu di awal kelahiran

Di sini kami ingin kongsikan tips-tips dan petua untuk menambah atau mengekalkan penghasilan susu ibu sehingga usia bayi anda mencecah 2 tahun.

  1. Minum Air Kosong

    Pastikan pengambilan air kosong sebanyak 3 liter sehari. Sebaiknya, buat jadual yang konsisten. Contohnya, 1 liter air perlu diminum dari jam 8am-12pm, kemudian 1 liter air perlu diminum dalam jeda masa 1pm-4pm, dan 1 liter air yang terakhir pada jam 5pm-12am. Jangan minum banyak sekali gus, kang asyik ke toilet pula!

  2. Lakukan Power Pumping

    Sebaiknya, lakukan Power Pumping sehari sekali. Waktu yang dicadangkan ialah sebelum subuh di mana penghasilan hormon prolaktin adalah 2 kali ganda. Caranya mudah, jika anda menngunakan double breast pump, pam serentak kiri dan kanan selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, habis rehat pam lagi serentak kiri dan kanan selama 10min, kemudian rehat semula selama  10minit, akhir sekali pam serentak kanan dan kiri selama 10min. Jumlah  semuanya dalam sejam hanya 30 minit pam dan baki 30 minit rehat.

  3. Amalkan Jus Pegaga

    Selain elok untuk kesihatan dalaman wanita, pegaga juga dapat menambah penghasilan susu ibu. Seeloknya, gunakan daun pegaga yang segar, dibersihan dan dikisar. Kemudian jusnya ditapis dan terus di minum. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk dan di minum setiap pagi.

  4. Makan Jantung Pisang

    Jantung pisang direbus dan dijadikan ulam. Ianya sangat lazat dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Jantung Pisang merupakan petua tradisional untuk menambah penghasilan susu ibu.

  5. Jaga Waktu Pam

    Ibu yang telah masuk ke pejabat selepas tempoh pantang diseru untuk tidak mengabaikan jadual pam. Sebaiknya pam setiap 3 jam. Waktu yang dicadangkan ialah:

    Sesi 1 : 5.00 pagi (Power Pumping)
    Sesi 2 : 10.00 pagi
    Sesi 3 : 1.00 tengah hari
    Sesi 4 : 4.00 petang
    Sesi 5 : Sebelum tidur

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2016-12-13T03:09:18+00:00December 13th, 2016|penyusuan, Tip & Petua|

Leave A Comment