PETUA ATASI ALAHAN SEMASA MENGANDUNG

Alahan dan ibu mengandung adalah sangat sinonim. Seperti kawan baik yang sentiasa menemani. Cuma ironinya, kehadiran “teman baik” ini selalunya menimbulkan kebencian dan ketidakselesaan ibu mengandung tersebut. Namun pada sudut positif, ibu mengandung harus bersyukur dikurniakan alahan semasa mengandung kerana ianya menunjukkan terhadapat komunikasi antara bayi dan ibu di dalam kandungan . Admin sendiri pernah hamil sebanyak 3 kali dan 2 daripadanya mengalami keguguran. Semasa kehamilan pertama dan kedua, tiada tanda-tanda alahan langsung, Admin tidak muntah, loya dan sebagainya. Berbeza dengan kehamilan yang ketiga di mana admin mengalami muntah-muntah yang teruk dan pedih ulu hati. Ia juga antara signal bahawa bayi di dalam kandungan sedang pesat membesar.

petua_alahan_mengandung

petua_alahan_mengandung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadi di sini Admin ingin kongsikan petua-petua Melayu bagi mengurangkan alahan sepanjang kehamilan.

PENING ATAU SAKIT KEPALA

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, pening atau sakit kepala yang dialami oleh ibu hamil berpunca daripada pergolakan “Deria Rangsang” yang membuka laluan perubahan dalam sistem badan untuk kehadiran kejadian deria rangsang janin. Keadaan ini menyebabkan angin panas bertembung dengan angin sejuk.

Petua Rawatan
Bahan:
Daun Sireh
Limau Nipis (dihiris)
Daun Kayu Putih

Air Sejuk

Cara Rawatan
Ramas semua bahan di dalam air dan gunakan limau nipis sebagai span untuk menyerap air bagi disapu ke kulit kepala.

 

SEMBELIT

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah sembelit di kalangan ibu hamil adalah perubahan hormon yang melambatkan pergerakan usus dan juga pembesaran rahim yang memberi tekanan kepada saluran najis.

Menurut ilmu perbidanan Melayu, sembelit di kalangan ibu hamil berpunca daripada kelemahan “Deria Rangsang”. Keadaan ini melambatkan proses pengaliran bendalir di dalam badan yang menyebabkan usus kekeringan dan mengeras.

Ibu hamil disarankan untuk minum jus buah prun dan jus kurma.

Petua Rawatan
Mengikut petua Melayu, ibu hamil disyorkan untuk mengamalkan air rebusan rempah ratus. Ketumbar biji, jintan putih, bawang putih, halia dan asam jawa direbus bersama sedikit garam serta gula kabung. Rebusan tersebut dijadikan sebagai minuman harian 3 kali sehari.

 

LELEHAN FARAJ

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit keputihan atau lelehan faraj ialah penyakit resdung faraj atau resdung bahagian kulit. Ibu hamil perlu mengelakkan untuk mengambil makanan jenis jeruk seperti ikan pekasam, belacan, budu, cencaluk dan sebagainya.

Petua Rawatan
Amalkan minum air rebusan 3 helai sireh bersama sebutir garam kasar serta secubit jintan hitam yang direbus bersama 3 gelas air, biarkan mendidih hingga tinggal secawan. Biarkan sebentar dan masukkan sesudu the madu lebah asli, diminum suam panas.

 

KEJANG OTOT ATAU SIMPUL BIAWAK DAN BENGKAK KAKI

Kejang otot sering terjadi semasa trimester kedua dan ketiga disebabkan pengaliran darah di bahagian kaki dan keadaan berat badan yang bertambah semasa hamil.

Bengkak atau sembap kaki disebabkan oleh retensi air. Ianya sering berlaku di akhir kehamilan. Ibu hamil disyorkan mengangkat atau meninggikan kedudukan kaki yang sembab dengan menyandarkan ke dinding selama 10-15 minit.

Petua Rawatan
Sapu Minyak Tenang Anakanda di bahagian kaki yang kejang dan bengkak dengan melakukan gosokan lembut. Minyak Tenang Anakanda ini juga boleh disapu di perut untuk menghilangkan “Stretchmark” atau kesan regangan.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

 

 

 

 

 

By |2016-12-19T06:43:03+00:00December 19th, 2016|kehamilan, Tip & Petua|

Leave A Comment