Lumrah setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, jika boleh mahukan anak yang bebas dari masalah, “top scorer” di sekolah dan menjadi insan yang berjaya.

richard-branson-and-mom-eve

richard-branson-and-mom-eve

Terdapat kajian psikologi yang telah menjumpai faktor-faktor kejayaan seorang anak. Faktor utama adalah IBU BAPA itu sendiri!

Nak tau apa persamaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berjaya?

 

  1. MEREKA PASTIKAN ANAK MEREKA LAKUKAN KERJA RUMAH

Menurut Lythcott-Haims, bekas dekan di Universiti Stanford, jika anak anda tak disuruh membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan, menyapu, bermakna ada orang lain yang akan bertanggungjawab melakukan kerja itu. Di sini ibu bapa perlu tekankan pentingnya tanggungjawab anak mereka untuk melakukan kerja rumah. Menurut Lythcott-Haims lagi, anak yang diajar untuk melakukan kerja rumah ini akan menjadi pekerja yang berdedikasi kelak.

  1. MEREKA AJAR ANAK MEREKA TEKNIK BERSOSIAL YANG BETUL

Kanak-kanak yang diajar dengan cara pergaulan yang betul, tolong menolong antara satu sama lain, memahami antara satu dengan yang lain dan mampu menyelesaikan masalah sendiri lebih cenderung untuk berjaya.

  1. MEREKA MEMPUNYAI “EXPECTATION” YANG TINGGI

Harapan dan cita-cita ibu bapa memainkan peranan yang tinggi dalam membentuk masa depan anak mereka. Ada kajian menunjukkan ibu bapa yang mengharapkan anak masuk ke universiti, akan cenderung untuk pastikan perjalanan anaknya ke universiti tercapai berbanding dengan ibu bapa yang tidak menaruh harapan yang tinggi ke atas anaknya. Jadi, tetapkan target ke atas anak anda dan berusaha ke arah itu, anda yang mampu mencorakkannya!

  1. MEREKA KEKALKAN HUBUNGAN YANG BAIK DENGAN ANAK

Ada kajian membuktikan bahawa kanak-kanak yang mempunyai keluarga yang bermasalah akan mempengaruhi kejayaannya kelak kerana terdapat banyak faktor emosi yang mengganggu sepanjang pembesarannya. Jadi, ibu bapa haruslah fikir masak-masak dan kekalkan kebahagiaan rumahtangga sebaik mungkin jika anda ingin lihat anak anda berjaya!

  1. MERAKA MEMPUNYAI TAHAP PENDIDIKAN YANG TINGGI

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi Universiti Michigan, ibu bapa yang mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi akan membentuk anak ke arah itu.

  1. MEREKA AJAR ANAK MERAKA MATEMATIK SEAWAL MUNGKIN

Teknik ini dapat melancarkan kecerdasan otak anak anda dan ia mampu melatih anak anda untuk menyelesaikan masalah dengan “critical thinking”

  1. MEREKA TIDAK STRESS

Berdasarkan kajian oleh The Washington Post, ibu yang meluangkan masa dengan anak yang berusia 1- 11 tahun memainkan peranan yang penting kerana ia mampu menentukan pencapaian anaknya kelak. Tetapi ibu tersebut haruslah tidak stress. Kerana aura stress itu akan mempengaruhi emosi anaknya.

  1. MEREKA TERDIRI DARIPADA IBU YANG BEKERJA

Di sini anak akan menjadikan ibu mereka sebagai “role model”. Ada pepatah mengatakan bahawa kepimpinan adalah melaui tauladan. Jika sesorang ibu itu menunjukkan contoh yang baik dengan bekerja dalam bidang yang professional, tidak mustahil anak mereka akan mengikuti jejak langkah ibunya.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty