Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini kami akan kongsikan sebab-sebab saluran tersumbat dan radang payudara yang sering terjadi kepada para ibu.
Saluran tersumbat dan radang payudara terjadi disebabkan beberapa faktor ini:
Saluran Susu Tersumbat | Radang Payudara |
Susu tidak dikeluarkan dengan sebaiknya daripada payudara boleh menyebabkan payudara penuh dan membengkak. Payu dara penuh atau tidak dikosongkan dengan efisien yang mungkin disebabkan oleh masalah pelekapan, kuantiti susu terlalu banyak, ibu mengehadkan tempoh penyusuan atau bayi mengalami masalah tounge/lip tie penyusuan kembar dan sebagainya. Penggunaan nipple shield juga salah satu faktornya. | Sama seperti saluran puting tersumbat, ia disebabkan pengaliran keluar susu yang terganggu yang menyebabkan payu dara membengkak. Mastitis adalah keadaan apabila saluran puting tersumbat yang tidak ditangani segera. |
Penyusuan yang tidak kerap mungkin disebabkan oleh bayi tidak kerap terjaga daripada tidur, ibu mengalami luka puting atau merekah, bayi yang baru tumbuh gigi atau merekah, bayi yang baru tumbuh gigi atau dalam proses bercerai susu. Ibu juga mungkin terlepas pandang tanda-tanda bayi mahu menyusu (baby cues) atau ibu sangat sibuk dengan tugasan harian. | Radang payudara boleh disebabkan oleh kecederaan, alergi, jangkitan bakteria atau yis. |
Berlaku tekanan pada sebahagian payudara disebabkan oleh pakaian dalam yang terlalu ketat, tidur meniarap dengan menindih payudara, tekanan oleh jari ibu pada payudara semasa penyusuan atau kecederaan pada payudara. | Jangkitan boleh berlaku pada puting yang merekah atau berdarah. Radang payudara juga terjadi kepada puting payudara yang merekah atau luka sehingga bernanah. Bagi yang pernah mengalaminya, risiko berulang adalah tinggi. |
Stres, keletihan, anemia dan sistem imunisasi tubuh yang lemah. |
Pada masa yang sama, jangan sesekali berhenti menyusukan bayi anda apabila berlakunya saluran tersumbat dan radang payudara kerana ia akan meningkatkan risiko bengkak payudara yang lebih serius sehingga boleh menyebakan kulit payudara menjadi kemerah-merahan dan bernanah. Dapatkan bantuan perubatan atau kaunselor penyusuan yang bertauliah.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604