Bayi mengeluh udara dunia,

Penuh berkeliaran beraneka hama;

Masalah kesihatan bayi berpunca,

Akibat kelemahan kandungan ibunda.

Penyakit kuning atau jaundice ialah keadaan berwarna kuning yang kelihatan dipermukaan kulit bayi yang baru lahir. Berdasarkan penelitian bidang perubatan, sebanyak 70% bayi baru lahir akan mengalami penyakit kuning.

baby_jaundice

Penyakit ini terjadi apabila bahan kimia yang disebut bilirubin meningkat di dalam darah. Penyakit ini menyerang mana-mana bayi, tidak kira bangsa atau warna kulit.

Darah setiap manusia mengandungi bilirubin yang akan dibersihkan oleh hati. Sebelum lahir, organ hati ibu menjalankan fungsi ini untuk bayinya. Kebanyakkan bayi mendapat penyakit kuning dalam beberapa hari selepas kelahiran kerana organ hatinya mengambil masa untuk menjalankan proses pembersihan bilirubin dengan lebih baik.

Secara amnya, penyakit kuning dapat dilihat pada bayi pada hari ke-2 hingga hari ke-4 kelahiran bayi. Ada kes-kes tertentu yang melarat sehingga 2 minggu. Tetapi, jikalau sudah melebihi 3 minggu, bawalah bayi berjumpa dengan pakar kanak-kanak segera.

CARA RAWATAN

Petua Melayu lama menyarankan 3 kaedah rawatan untuk mengatasi penyakit kuning. Kami akan fokuskan kepada Rawatan secara Mandian Bayi.


Air Rebusan untuk Penyakit Kuning

Bahan

7 helai daun sirih

7 helai daun hujan-hujan

3 keping hirisan kunyit

3 biji buah keranda

1 jemput daun inai

1 jemput jintan hitam

1 jemput jintan putih

1 liter air

  1. Satukan semua bahan dan rebus sehingga mendidih.
  2. Campurkan dengan air sejuk bagi menghasilkan air mandian suam-suam kuku.

Sediakan air rebusan dan mandikan bayi dengan air rebusan itu setiap hari. Selepas mandi, kesat badan bayi dan sapukan minyak urut bayi ke seluruh badannya. Gunakan Minyak Tenang Anakanda yang mengandungi bahan-bahan herba semulajadi dan sesuai dengan kulit bayi.

Setiap pagi, letakkan bayi hampir dengan cahaya matahari yang terang selama satu jam. Kebiasaannya bayi berpenyakit kuning diletakkan di tepi tingkap yang dimasuki cahaya matahari pagi antara jam 8 pagi hingga 10 pagi.

Diolah daripada: Ensiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Anisah Barakbah, Pengasas Nona Roguy dan Penasihat Ning Salmah


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604