Ramai ibu bapa yang memandang ringan akan penjagaan gigi susu bayi kerana pada tanggapan mereka, gigi susu hanya tumbuh sementara sahaja sebelum munculnya gigi kekal. Namun, sebenarnya penjagaan gigi susu adalah sama penting dengan gigi kekal.
Kepentingan gigi susu:
Gigi susu berperanan untuk membantu kanak-kanak mengunyah dan bercakap, serta menyediakan ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh. Gigi susu yang tercabut sebelum cukup matang akan memberi kesan kepada susunan gigi kekal. Oleh itu, penjagaan oral yang baik perlu bermula seawal mungkin, saat gigi pertama anak tumbuh!
Ubat gigi yang sesuai
Enamel gigi kanak-kanak adalah 50 peratus lebih nipis berbanding dengan gigi orang dewasa. Kandungan fluorida yang tinggi dalam ubat gigi orang dewasa boleh menyebabkan karies dan fluorosis pada gigi kanak-kanak. Malah, kanak-kanak berisiko mengalami kecacatan tulang belakang jika tertelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Justeru itu, pilihlah produk penjagaan gigi yang betul untuk si manja anda. Anda juga boleh membeli ubat gigi berperisa buah-buahan bagi merangsang si manja untuk rajin memberus gigi.
Mouthwash untuk 3 tahun++
Berus gigi hanya dapat mencapai25% ke dalam mulut anak anda! Jadi, pengunaan ubat kumur yang direka untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas ini dapat mengurangkan pembentukan plak dan menanggalkan sisa kuman yang tertinggal selepas memberus gigi. Bersifat bebas gluten, produk mouthwash ini menyediakan perlindungan terhadap kerosakan gigi dan iritasi pada gusi.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604