Rawatan pantang bersalin yang dipraktikkan selama ini adalah yang diturunkan dari Nabi Adam a.s dan Siti Hawa. Ini dilakukan dengan mengutamakan peraliran sistem badan ibu yang bersalin.

Oleh itu, rawatan yang dilakukan juga adalah berperingkat, saya sendiri juga telah melalui setiap peringkat seperti yang tertulis di dalam buku ADAB DALAM PANTANG BERSALIN.

Saya akan kongsi sedikit sebanyak cara-cara rawatan berikut bersama kebaikkannya.

Pertama sekali, apabila baru lepas bersalin, ibu-ibu dinasihatkan supaya terus menyusukan anak semasa masih di dalam wad bersalin lagi. Ini dapat membantu pengeluaran darah nifas dan membantu pengecutan rahim.

Adalah perkara biasa jika mengalami ‘cramping’ atau sakit rengat. Tapi ini dapat dielakkan dengan melakukan rawatan pulih badan. Rawatan ini hanya merangkumi urutan lembut ke seluruh badan ibu dengan menggunakan minyak urut. Salah satu kegunaan Minyak Tenang Anakanda juga ialah sebagai minyak urutan badan bagi ibu yang baru bersalin.

Credit: Google Images

Credit: Google Images

Selepas itu, tuaman tungku batu juga boleh mengurangkan sakit rengat dan membantu pengeluaran angin di badan. Seperti sekarang, terdapat beberapa produk yang boleh digunakan sebagai tuaman. Sebagai contoh, bantal panas elektrik ataupun boleh sahaja gunakan ‘hot water bottle’ yang diisi dengan air panas.

Setiap pagi, ibu saya akan sediakan mandian herba yang merangkumi herba-herba terpilih seperti daun sirih,daun kunyit, serai wangi dan daun inai. Bagi kemudahan zaman sekarang, saya hanya perlu menggunakan Uncang Cuci Herbanika NR yang direndam di dalam baldi dengan air panas. Selepas mandian pasti berasa lebih segar lagi!

Tidak dilupakan juga Sitz Bath yang perlu dilakukan untuk mempercepatkan pemulihan luka atau jahitan selepas bersalin. Boleh juga menggunakan air rebusan sama atau rendaman garam.

Saya juga akan minum segelas Akar Herbanika NR yang sudah dicampur dengan madu. Air rebusan herba ini harus dibiarkan suam dahulu sebelum diminum. Amalan pemakanan Phytonatal NR menjadi jamuan harian saya, ini memang banyak membantu untuk untuk pembersihan dalaman dan mengelakkan sembelit.

Satu soalan yang selalu ditanya kepada saya, ‘Makan jamu ni tak bagi problem untuk menyusu anak ke? Tak panas ke?”

Jawapan saya senang sahaja, dengan amalan yang saya ambil ini memang TIDAK AKAN MENGGANGGU BAYI SAMA SEKALI! Teruskan pemakanan seperti biasa, bukan sahaja bagus untuk ibu, malah meningkatkan pengeluaran susu yang berkhasiat untuk bayi.

Kebanyakkan produk berpantang lebih mengutamakan herba-herba perapat seperti manjakani dan akar serapat. Bahan-bahan ini yang merupakan HERBA PANAS dan tidak elok diamalkan di dalam pantang. Ini hanya boleh diambil selepas 30 hari berpantang.

Selain itu, bab-bab pemakanan harus dititikberatkan juga. Banyak menu-menu berpantang yang boleh dijadikan rujukan. Malah sekarang sudah ada ‘delivery’ makanan berpantang lagi! Senang kan?

Saya telah melakukan urutan badan pada 14 hari pertama dan 14 hari yang terakhir. Pemilihan rawatan urutan badan adalah bergantung kepada anda sendiri, tapi disyorkan sebaik-baiknya 3 hari awal dan 3 hari terakhir.

Selepas urutan, tukang urut atau bidan akan memastikan saya dipakaikan bengkung dan stokin bagi megelakkan angin masuk ke badan dan membantu pengecutan badan dengan cepat. Sekarang juga terdapat banyak jenis bengkung. Yang moden berzip hinggalah yang tradisional bertali atau berlilit.

InsyaAllah dengan amalan asas ini sudah cukup untuk memastikan ibu yang lepas bersalin sentiasa segar dan bertenaga. Untuk mendapatkan rawatan susulan yang lebih, terdapat banyak servis urutan lepas bersalin yang boleh dihubungi. Pastikan mereka yang bertauliah dan menggunakan produk-produk herba yang sesuai.

Ini merupakan pengalaman sendiri dan merupakan asas rawatan selepas bersalin. Jika ada apa-apa soalan boleh rujuk kepada bidan rawatan bersalin yang bertauliah atau doktor pakar puan.

Diolah daripada: Adab Dalam Pantang Bersalin: Dari Sudut Dunia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh Anisah Barakbah, Pengasas Nona Roguy dan Penasihat Ning Salmah


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty