PEMAKANAN IBU PUNCA BAYI KEMBUNG PERUT

“Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit”

( Hadis riwayat muslim)

Antara hadis yang menekankan kepentingan pemakanan seseorang yang menetukan tahap kesihatan. Ada juga pepatah inggeris yang mengatakan “you are what you eat” atau maksudnya tahap kesihatan seseorang bergantung kepada corak pemakannya.

bayi_kembung_punca

bayi_kembung_punca

Ingin ditekankan di sini, terutamanya kepada ibu yang menyusukan bayi, corak pemakanan anda sangat penting kerana setiap apa yang dimakan akan terus masuk ke dalam badan bayi secara tidak langsung melalui susu ibu.

Memang tidak dinafikan bahawa sayur-sayuran sangat elok untuk kesihatan. Namun ibu menyusu harus pandai memilih jenis sayuran agar ianya tidak memberikan kesan buruk kepada bayi. Sebaiknya, sayur menjalar perlu dielakkan kerana ia dipercayai boleh mengakibatkan kembung perut. Antara sayuran yang perlu dielakkan:

1) Kangkung
2) Timun
3) Keladi
4) Pucuk Ubi
5) Daun Keti
6) Kacang Panjang
7) Labu
8) Rebung
9) Kacang Botol
10) Petai

Menurut pantang larang Melayu, ibu menyusu juga harus berpantang makan makanan berikut bagi mengelakkan bayi kembung perut:

1) Makanan berasaskan pulut seperti nasi dagang, kuih seri muka, pulut panggang, lemang dan yang seangkatan dengannya
2) Buah-buahan seperti jambu batu, pisang dan buah limau juga boleh menyebabkan bayi kembung perut
3) Minuman berkafein seperti the, kopi dan minuman berkarbonat perlu dielakkan kerana ia punca bayi kembung perut
4) Makanan yang berasaskan yis seperti donut dan roti juga perlu dielakkan
5) Coklat juga perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kembung perut pada bayi

Bayi kembung perut ini bukan masalah baru, ianya telah menghantui berjuta-juta ibu bapa terutamanya mereka yang baru bergelar ibu dan bapa. Ramai yang tidak tahu punca sebenar bayi mereka meragam di tengah –tengah malam. Ramai yang beranggapan bayi mereka diganggu makhluk halus. Walhal hakikatnya, bayi mereka mengalami kembung perut lantas menangis tanpa henti terutamanya di tengah-tengah malam.

 

Artikel Bimbingan dan Nasihat : Datin Anisah Barakbah, Penasihat Ning Salmah dan  Pengasas Nona Roguy

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke 012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By | 2016-11-25T05:05:56+00:00 November 25th, 2016|punca kembung perut|

Leave A Comment