Dilema bagi ibu bapa yang bekerja hari ini adalah tatkala memikirkan taska mana yang sesuai untuk anak-anak mereka. Khuatir jika taska yang dipilih nanti tidak selamat sehingga mampu merisikokan keselamatan, kesihatan bahkan nyawa anak-anak sendiri.
Tambahan pula dengan isu-isu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini seperti kes penderaan serta kematian bayi sewaktu dalam penjagaan guru-guru di taska, menambahkan lagi kerisauan ibu bapa. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku ibu bapa hendaklah cuba sedaya upaya menyemak latar belakang taska tersebut. Antara ciri-ciri taska yang baik adalah:
1)Memiliki kelulusan JKM
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab jangan lah sebarangan saja sewaktu memilih taska untuk anak-anak. Pastikan taska yang dipilih memiliki JKM. Pemilik taska seharusnya menggantung sijil ini di dinding serta sijil-sijil khusus yang berkaitan yang pernah guru-guru di taska hadiri. Ini menunjukkan kebolehan para guru untuk menjaga anak-anak anda.
2)Bilangan guru
Ibu bapa hendaklah jelas bahawa nisbah yang sebaiknya adalah 1 guru: 3 bayi, 1 guru: 5 budak. Jika anda melihat sendiri persekitaran taska yang terlalu ramai dengan kanak-kanak tetapi bilangan guru pula terlalu sedikit sudah pasti ia tidak seimbang. Setiap kanak-kanak memerlukan penjagaan yang cukup rapi bagi memastikan keseslamatan mereka.
Oleh itu, pengurus taska haruslah bersikap telus dalam mengambil budak. Jangan mengharap untung semata-mata tapi akhirnya tak cukup tangan nak menjaga anak-anak ini.
3)Initiatif pihak taska
Jika ingin melihat taska itu bagus atau pun tidak, cuba lihat dari segi initiatif mereka dalam menjaga hubungan dengan ibu bapa. Sesetengah taska membuat ‘group whatsApp’ untuk memberi update harian tentang anak-anak kepada ibu mereka. Secara tidak langsung ibu-ibu yang bekerja ini pasti akan berasa lebih tenang apabila dapat tahu tentang keadaan anak mereka.
4)Sentiasa prihatin dengan anak-anak
Ini penting! Ibu bapa tolonglah alert dengan reaksi anak-anak. Lihat sama ada anak suka atau tidak ke taska. Setiap kali nak masuk ke taska adakah mereka seronok atau takut-takut?. Bagi anak-anak yang sudah pandai bercakap tu, dengarlah apa yang mereka ceritakan.
Jika anak-anak asyik menangis atau mengelak setiap kali ke sekolah pasti ada sesuatu yang tidak kena. Jangan di marah anak-anak tersebut sebaliknya siasat kenapa mereka berperangai sebegitu. Ibu bapa hendaklah teliti dengan perubahan yang ada pada anak-anak dan rajin-rajin lah membelek tubuh badan mereka untuk mengelakkan sebarang perkara buruk terjadi di luar pengetahuan anda.
5)Buat lawatan mengejut!
Sekiranya anda ingin mengetahui sedikit sebanyak cara pihak taska menjaga anak-anak anda, cuba untuk membuat lawatan mengejut sekali sekala. Contohnya seperti menghantar anak sedikit lambat atau menjemput mereka pulang lebih awal daripada biasa. Secara tidak langsung, anda dapat melihat keadaan taska pada waktu tersebut. Adakah dalam keadaan baik atau sebaliknya?
Elakkan terlalu kerap membuat lawatan mengejut kerana bimbang ini akan menimbulkan ketidakselesaan pada pihak pengurusan taska seperti anda tidak percaya akan mereka.
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604