MUDAHNYA NAK DIDIK ANAK SUKA MEMBACA!

Membaca merupakan satu amalan mulia yang patut dipupuk oleh semua ibu bapa semenjak anak masih kecil lagi. Dengan cara ini, anak-anak akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan menanam minat membaca dalam diri mereka sehinggalah dewasa.

 

1)Baca buku untuk anak-anak

Sering kali kita melihat budaya barat dimana ibu bapa akan membacakan buku kegemaran anak-anak setiap kali sebelum masuk tidur. Rutin ini dilakukan setiap hari sehinggakan si anak sendiri tertunggu-tunggu sesi ‘bedtime story’ ini.

Ia mampu menghiburkan si kecil dan pada masa yang sama hubungan dengan anak akan menjadi lebih akrab. Disamping itu, anak-anak juga akan belajar untuk memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik.

 

2)Ruang membaca yang menarik

Jika berkemampuan, lebih elok sekiranya ibu bapa mencipta sendiri ruang belajar yang menarik di dalam rumah untuk anak-anak. Contohnya seperti mini perpustakaan. Ini pasti dapat membantu menarik minat anak-anak untuk rajin membaca buku.

Sebaik-baiknya juga berikan anak-anak kebebasan untuk menghias ruang tersebut seperti menggunakan meja yang mempunyai gambar kartun kegemaran mereka atau kerusi mengikut warna pilihan mereka.

 

3)Jadikan membaca sebagai rutin harian

Bagi anak-anak yang sudah pandai mengenal huruf, pastikan anda menetapkan satu masa dalam sehari sebagai waktu membaca. Contohnya dari pukul 8 sehingga 8.30, hanyalah waktu untuk membaca sahaja. Tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti menonton tv, atau bermain pada waktu ini.

Ibu bapa juga hendak lah komited dan konsisten agar anak-anak mudah faham rutin harian mereka.

 

4)Jadi contoh teladan yang baik

Jika anda berhasrat untuk mempunyai anak-anak yang suka membaca, anda sebagai ibu bapa haruslah mulakan terlebih dahulu. Tunjukkan satu contoh yang baik pada anak-anak agar perbuataan anda selari dengan permintaan anda. Jangan harapkan anak-anak suka membaca jika anda sendiri lebih suka menghadap handphonde daripada memegang buku!

5)Rajin menyoal anak-anak

Untuk memastikan anak-anak faham apa yang dibaca, anda hendaklah rajin menyoal mereka. Sewaktu sesi membaca, tanya mereka soalan-soalan yang mudah untuk mereka fahami untuk menguji tahap kefahaman dan fokus mereka. Dengan cara ini, anak akan lebih berusaha untuk memberikan perhatian sebaiknya terhadap apa yang dibaca.

 

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

By |2017-07-25T05:22:21+00:00July 25th, 2017|Uncategorized|

Leave A Comment