Dah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Risau ‘spark’ di antara anda dan suami kian pudar?
Nak pikat hati suami ni tidak semestinya melalui kecantikan sahaja. Ada sesetengah wanita sanggup berhabis duit untuk menjadi yang tercantik di mata suami namun mereka mengabaikan aspek-aspek lain . Tahukah anda, pikat hati suami ini boleh dilakukan dengan sekecil-kecil perkara tanpa kita sedar.
Ada sesetengah isteri yang menganggap si suami sudah mula tidak menyayangi atau kurang rasa kepada mereka. Jangan mudah berprasangka buruk dan hanyut dengan emosi anda. Sebaliknya, cuba cari kekurangan yang mungkin ada pada diri dan cuba untuk memperbaiki kelemahan itu.
Cara mudah untuk tambat hati suami.
1.Mengambil berat akan penampilan suami.
Dalam hadis ada menyebut, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
Sesetengah suami lebih gemar membiarkan si isteri mengambil alih dalam urusan yang remeh-temeh seperti menentukan pakaian yang hendak dipakai. Ini adalah salah satu cara si suami ingin bermanja dengan anda atau mungkin sahaja si suami sudah terbiasa dengan layanan dari ibu mereka. Jadi sebagai seorang isteri anda seharusnya cuba untuk melayan suami anda lebih daripada apa yang pernah diberi oleh ibu mereka.
Para isteri seharusnya berasa bangga tatkala melihat suami segak setiap hari.
Elakkan daripada berfikiran negatif. “Biarlah suami aku kurang segak asalkan takde orang tackle”. Sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan dengan kepura-puraan. Tambahan pula, anda akan peroleh pahala lebih dengan menghias suami.
2.Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Haa ! Ini antara perkara yang selalu dipandang remeh oleh para isteri. Tatkala si suami memanggil anda seharusnya anda segera pergi dan memenuhi panggilannya. Tinggalkan segala perkara yang sedang anda lakukan ketika itu. Jangan sesekali menangguh dan membiarkan panggilannya tidak bernyahut.
Namun janganlah pula anda membiarkan ikan di dalam kuali dengan minyak panas begitu sahaja. Minta si suami untuk tunggu sebentar, selesaikan kerja anda, persiapkan diri, dan terus pergi kepadanya.
3.Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk mereka
Para isteri terutamanya yang sudah mempunyai anak seharusnya tidak menjadikan kesibukan mengurus anak dan hal rumah sebagai penghalang untuk anda berhias untuk si suami di rumah. Elakkan memakai pakaian seperti kain batik dan baju kelawar setiap hari atas alasan, “selesa pakai baju basahan seperti ini di rumah kerana selesa, dan senang nak buat kerja”.
Kalau anda rasa tidak mengapa untuk pakai t-shirt (I Love Pangkor) beserta kain batik (yang mungkin sudah tertetas di bahagian jahitan atau warna yang sudah lusuh kerana terlalu kerap pakai), jangan pula persoalkan kenapa suami anda lebih suka balik lewat atau mengadap fb daripada bersembang dengan anda.
4. Ucapkan terima kasih dengan setiap pemberian daripada suami
Setiap suami pasti suka apabila usahanya dihargai. Mereka akan rasa usaha mereka sangat berbaloi dan rasa lebih ikhlas dengan setiap pemberiannya. Oleh itu, para isteri seharusnya belajar untuk mengucapkan terima kasih kepada suami walaupun untuk pemberian yang tidak seberapa. Andai kata anda kurang suka dengan pemberian tersebut jangan lekas menghentam tetapi dahulukan dengan ucapan terima kasih dan puji-pujian. Kemudiannya barulah anda meluahkan rasa anda dengan cara yang sopan dan lembut. Dengan ini, suami akan lebih menghargai pandangan dan citarasa anda.
4. Jangan berleter
Berleter merupakan satu cara untuk wanita mengekspresikan ketidakpuasan hati atau persoalan di minda mereka. Berleter merupakan kaedah komunikasi yang sangat tidak effektif. Ini adalah kerana intipati dan tujuan komunikasi itu sangat tidak jelas dan sukar difahami. Kebiasaanya juga wanita kerap kali mengulang ‘point’ yang sama. Ini menyebabkan si suami memilih untuk membiarkan sahaja leteran anda tanpa mengambil sebarang tindakan.
Oleh itu, para isteri seharusnya belajar untuk berkomunikasi dengan lebih effektif. Ini dapat menjamin keharmonian rumahtangga. Bukan itu sahaja, suami juga lebih suka untuk berkongsi cerita dengan anda.
5.Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Thabit al-Banni berkata,
Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya.
Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan.
Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu.
Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Mulai hari ini, biasakan diri untuk bukan sahaja menghidang makanan pada suami malah menemani mereka sehingga selesai makan walaupun anda sudah kenyang.
6.Tingkatkan ilmu pengetahuan
Suami lebih senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi pasangan yang hebat dalam berdiskusi.
Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan menggali pelbagai informasi.
Hal ini menjadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Elakkan mengambil tahu isu-isu artis atau gosip-gosip murahan sahaja kerana ini tidak melambangkan kredibiliti anda sebagai seorang wanita yang berpengetahuan tinggi. Ini kerana, sesetengah suami lebih mudah memandang rendah kepada isteri yang berstatus begini.
Jadi anda harus tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
7.Isteri yang manja bukan mengada-ngada
Suami lebih cenderung untuk suka isteri yang berperwatakan manja bukan mengada-ngada. Apa bezanya? Isteri yang manja tahu saat yang sesuai untuk dia menjadi manja dan isteri yang mengada-ngada akan berkepit tak kira masa. Pastikan anda tahu untuk membezakan hal ini agar suami tidak berasa rimas. Jika anda mampu tambat hati si suami dengan kemanjaan anda pastinya mereka akan selalu teringat dan tidak akan cari yang lain.
8.Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka terutama apabila suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
9. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami yang meminta anda memberikan pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
10.Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya. Walaupun dia lemah dan ada kekurangan jangan sesekali memperkecilkan kemampuannya itu. Terutama sekali dihadapan orang. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan bantu suami mengatasi kelemahan tersebut. Sentiasa bersabar dan teruskan memberi kata-kata positif agar dia mampu percaya dengan kebolehan dirinya.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604