Ibu bapa mesti selalu hadapi masalah pabila anak terlalu aktif dan mahu bermain sepanjang masa dan anak selalu menolak jika ingin tidurkan dia pada waktu siang. Waktu malam pun tidurnya agak lewat. Kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan tidur lebih kurang 11 hingga 13 jam sehari. Apa yang merisaukan ramai ibu bapa ialah adakah anak-ank anda tidur dengan  cukup?

Untuk mengetahuinya, ada beberapa soalan yang ibu bapa perlu tanya diri sendiri:

  1. Adakah anak anda boleh tidur dalam masa 20-30 minit?
  2. Bolehkah anak bangun pagi dengan senang?
  3. Adakah anak nampak tenang dan ceria pada siang hari?
  4. Adakah anak boleh berjaga semasa aktiviti-aktiviti kurang aktif seperti menonton televisyen dan ketika dalam kereta?

 

Jika jawapan semua soalan di atas adalah YA bermakna anak anda cukup tidur!

Kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.

Cortisol adalah hormon yang dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.

Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan gross and fine motor skill. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604