MAKANAN & MINUMAN YANG BOLEH DIMINUM KETIKA PANTANG

Ramai di kalangan ibu-ibu muda yang tidak pantang selepas melahirkan. Antara pantang larang yang perlu dijaga adalah dari faktor pemakanan. Tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episiotomi atau jahitan pembedahan caesarean (pembedahan semasa melahirkan anak) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.

pantang

image from BabyNeedsShop

Berikut adalah makanan & minumam yang dibenarkan ketika pantang bersalin:

MINUMAN

  • Air Suam
  • Air Kurma
  • Air Pegaga
  • Air Madu
  • Air Kunyit
  • Air Halia

BUAH-BUAHAN

  • Kurma
  • Kismis
  • Prun
  • Anggur
  • Longan cina
  • Epal

SAYUR-SAYURAN

  • Sawi
  • Kailan
  • Peria
  • Jantung pisang
  • Pegaga

DAGING

  • Lembu
  • Kambing
  • Ayam kampung

IKAN

  • Haruan
  • Ikan merah
  • Ikan bawal putih
  • Ikan selar
  • Ikan jenahak

Pemakanan juga amat penting bagi memastikan kesejahteraan bayi, kerana secara amnya bayi akan menyusu badan. Jadi ibu yang berpantang haruslah menjaga pantang larang pemakanan untuk mengelakkan bayi kembung perut & meragam.

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

By |2017-01-25T08:06:49+00:00January 25th, 2017|kelahiran, Tip & Petua|

Leave A Comment