Loading...
Kisah Ning Salmah 2017-08-14T04:12:55+00:00

Sudah bergenerasi, minyak warisan ini membantu melegakan dan menenangkan bahagian perut bayi selepas diurut lembut. Ramuan pati herba yang terpilih telah diformulasikan bagi memberikan kesan yang terbaik. Beberapa titik sudah cukup untuk membuatkan bayi anda kembali ceria!

For generations, this oil has been used to calm and soothe colicky babies. The best herbal ingredients are specially formulated to give the best to our best. Just a few drops is all you need for a giggly, happy baby!

Sharifah Ning Salmah dilahirkan pada tahun 1890an. Bapanya berasal dari Mekah dan ibunya merupakan kerabat diRaja Kedah. Sejak dari umur yang muda, beliau sudah diturunkan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan diri yang diamalkan di dalam istana.

Cucundanya, Datin Sharifah Anisah Barakbah, mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang sama dan telah menerajui industri herba negara dengan memperkenalkan produk Nona Roguy. Setelah 50 tahun berkecimpung dalam bidang ini, Beliau terkenal dengan pengongsian ilmu kesihatan dan kecantikan wanita dalam setiap ceramah yang telah diberi, baik di dalam atau luar negara.

Sejak dari umurnya 5 tahun lagi, Sharifah Aliyah Barakbah, telah mengikuti Tok Mama (Datin Sharifah Anisah) ke sesi ceramah dan sedikit sebanyak mempelajari ilmu warisan ini. Setelah bergelar ibu, dia mempunyai keinginan untuk berkongsi tentang rahsia warisan kesihatan yang telah banyak menolong keluarganya ini.

Maka lahirlah Legasi Ning Salmah dengan produk-produk yang belum pernah lagi dikongsi luar dari keluarga mereka.

Produk pertama dari Ning Salmah diberi nama Minyak Tenang Anakanda, dirumus khas dengan pati herba khusus untuk kegunaan bayi. Minyak yang tidak panas dan mempunyai bau yang menyenangkan ini mengandungi bahan-bahan bersifat “penenang”. Beberapa titisan sudah cukup untuk memberikan keceriaan kepada bayi anda.