Sudah tentu ramai  ibu bapa menggagap masalah kecacingan adalah suatu penyakit biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Namun jangan ambil mudah. Gangguan kecacingan dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan fizikal dan mental kanak-kanak.

Pakar Pediatrik KPJ Seremban Specialist Hospital Dr Syed Jefrizal Bin Dato’ Syed Jamal menghuraikan masalah kecacingan anak-anak.

Dianggarkan bahawa 880 juta kanak-kanak di seluruh dunia dijangkiti parasit cacing dan memerlukan rawatan, berdasarkan statistik Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). Kebanyakan kes-kes yang dikesan melibatkan kanak-kanak di negara seperti Malaysia, di mana negara-negara terlibat mempunyai iklim tropika atau sub-tropika.

Di samping faktor iklim, terdapat juga beberapa faktor lain seperti kebersihan, sanitasi, kepadatan isi rumah dan akses kepada bekalan air bersih. Kebanyakan kes-kes kecacingan melibatkan spesies roundworm (Ascaris lumbricoides), whipworm (Trichuris trichiura) ataupun hookworms (Necator americanus dan Ancylostoma duodenale).

Kesan  dijangkiti cacing

1.Cacing-cacing dalam badan anak-anak akan mengambil kesempatan daripada nutrisi anak untuk membiak.  Cacing ini akan berada dalam usus sebagai parasit.

2. Anak akan mula berasa kurang bermaya dan letih untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.

3.Konsentrasi anak mudah terganggu dan ini akan memberi impak kepada proses pembelajaran terutamanya pada kanak-kanak di sekolah.

4. Boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah dan juga pendarahan pada usus. Pendarahan usus yang kronik boleh menyebabkan kekurangan darah merah (anaemia).

5. Anak mengalami masalah anemia yang kronik akan memberi impak negatif pada keseluruhan proses perkembangan kanak-kanak, sama ada dari segi tumbesaran fizikal (pertambahan berat badan dan ketinggian) mahupun pencapaian akademik dan Kecerdasan intelektual (IQ).

6. Berdasarkan kajian, kesan negatif kecacingan adalah berkadar terus dengan bilangan cacing di dalam badan seseorang. Ini bermakna, lebih banyak cacing di dalam badan seseorang, lebih serius impak negatif terhadap individu tersebut.

7. Di dalam kes-kes tertentu, kecacingan juga boleh menyebabkan komplikasi usus yang memerlukan rawatan pembedahan.

Tindakan rawatan kecacingan.

WHO menyarankan pemberian ubat cacing (de-worming) sekurang-kurangnya sekali setahun. Di antara jenis ubat yang biasa digunakan ialah Albendazole atau Mebendazole. Ubat cacing ini telah melalui proses saringan keselamatan yang ketat iaitu ubat-ubatan tersebut terbukti berkesan tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. Dos setiap ubat bergantung kepada jenis mana yang digunakan di samping faktor usia dan berat badan pesakit. Ubat cacing boleh dapati di farmasi atas nasihat doktor.

MESTI TAHU

1.Jaga kebersihan cadar dan pakaian.

2. Kerap mandi untuk menjaga kebersihan.

3. Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum makan

4.Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah.

5.Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing termasuk ibu dan ayah.

6. Sentiasa memastikan kuku pendek.

NOTA PENTING: Berdasarkan kajian WHO, kecancingan boleh merencatkan pertumbuhan fizikal dan mental. Oleh yang demikian, ibu bapa disarankan supaya mengambil berat ubat cacing untuk anak-anak atas nasihat doktor. Di samping itu, setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan persekitaran mereka bersih untuk mengurangkan risiko transmisi cacing.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604