Apabila sudah bergelar ibu, kalau boleh 24 jam kita hendak peluk, dukung, riba dan cium anak. Itu naluri semula jadi yang dialami oleh semua ibu bapa. Namun ia sama sekali tak boleh diguna pakai ketika anda berada dalam kenderaan!

Walaupun keinginan untuk mendukung dan memeluk anak sangat tinggi tapi anda perlu pisahkan seketika bayi untuk duduk di dalam kereta keselamatan bayi atau carseat ketika dalam kereta.

Sudah banyak kejadian kemalangan melibatkan kecederaan dan kematian bayi dan kanak-kanak yang tercampak keluar dari kereta dan sebagainya. Ngeri dan sedih mendengar dan menyaksikan kejadian tersebut. Sebagai ibu bapa yang ada anak kecil anda perlu jadikan kisah tersebut sebagai pengajaran.

Tak lama lagi kita akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya, makanya ramailah yang akan menaiki kereta sepanjanag perjalanan pulang ke kampung. Pasanglah carseat untuk si manja anda demi keselamatan mereka di jalan raya.

Abaikan seketika tangisan dan raungan si kecil yang enggan duduk dalam carseat. Biarkan mereka menangis sekarang, jangan kita yang menangis di kemudian hari.

Seorang bapa Mursyid Ismail dalam tulisan di facebook beliau telah memberikan ingatan dan nasihat kepada ibu bapa supaya lebih mementingkan keselamatan anak di dalam kereta dengan mendudukkan si kecil di dalam carseat berbanding mendukung atau meriba mereka. Semoga menjadi panduan berguna kepada semua ibu bapa.

pesanan khidmat masyarakat walaupun cuti raya lambat lagi. pesan siap2 sempat pergi beli carseat awal.

sedu sedan baca kisah kemalangan baru2 ni. tak tau kejadian sebenar dan apa yg berlaku. tapi pengajaran yg boleh diambil, LETAKKAN ANAK DI DALAM CARSEAT DAN PASANGKAN SEATBELT.

especially parents muda yg baru anak pertama, mesti kesian anak ‘terpaksa’ duduk carseat. nak manjakan la anak tu, nak peluk anak ketat2 tak lepas. alasan paling common, baby nangis taknak duduk dalam carseat. kesian dia.

hmm.. elok la tu. kesian la sgt. dah banyak study dan awareness dibuat, sekuat mana, seketat pelukan ibu pada anak kalau dalam kemalangan, peratusan anak tercampak dari pelukan ketat-mesra-penuh-kasih-sayang itu TERSANGATLAH TINGGI. common sense, apa2 jadi kita self protect auto reflect, mana sedar siapa di pangkuan.

tolong lah, tolong lah gunakan carseat dengan betul. permulaan memang baby akan nangis, lama2 dia akan biasa dan selesa. tak lama mana pun, setiap hari korg buat selama seminggu, baby dah sesuaikan diri. nak best lagi? kena angin aircond kereta mewah korg tu, lagi syiokkk baby tu tido. nyenyak, dipeluk ketat oleh seatbelt.

percayalah pesan bapa anak tiga ni. perjalanan ke kl-kedah anak2 sy alhamdulillah akan tido sepanjang 4jam perjalanan. masuk kereta, bagi susu sorg satu, belum sempat tol jalan duta, hanyut tiga2. tinggallah bapa nya di depan sorg2, mak nya pula belakang sekali sorg2 main fon. sunyi bapa nya, nak bersembang jenuh menjerit.

satu lg tips, bila nak belikan hadiah anak sulung utk kawan2, tanyakan dah beli carseat belum. kumpul duit sesama kawan2 hadiahkan carseat kat new parents tu. carseat adalah lebih utama dari stroller.

saya kongsikan beberapa lagi kelebihan mendidik anak kecil di dalam carseat selain dari faktor keselamatan:

🚼 mudah untuk travel jauh mahupun dekat, walaupun tanpa pasangan. anak yg selesa dalam carseat tak kisah berjalan tanpa ibunya. pengalaman saya sendiri. dek kerna isteri seorang cikgu, hari sabtu selalu ke sekolah. saya dan anak2 akan keluar dating dan kadang2 ke majlis kenduri tanpa isteri. saya pernah menghadiri kenduri di bandar melaka dan kuantan bersama anak tanpa isteri.

🚼 senang nak diusung ke mana2. bayangkan anak tengah tidur dalam carseat, kita pulak dah sampai destinasi. kalau didukung nnt anak mudah terjaga. so apa yang saya buat, saya akan angkat carseat tersebut dan bimbit ke tempat yang nak dituju. kawan2 biasa tengok saya bawak carseat ketika kenduri ataupun restoran diletakkan di atas meja. senang. kita dapat pantau anak yang sedang nyenyak tidur.

🚼kebiasaan pasangan suami isteri ada dua kereta. masalah paling kerap berlaku, tertinggal stroller dalam kereta lagi satu ketika di mall atau hypermarket. nak dukung anak nnt susah nak beli barang. cara paling mudah, angkat carseat letakkan dalam troli. selesai, sangat praktikal. isteri bawak troli berisi carseat, suami bawak troli berisi barang shopping

🚼anak ada masalah nak tidur di tempat baru? selalu jadi bila balik rumah saudara atau ke hotel. carseat lah penyelamat nya. sambil minum susu botol, dodoikan anak dalam carseat sampai terlena. dah nyenyak, pindah anak ke atas katil. berkesan, cubalah sendiri.

nah, itulah dia kelebihan dan kemudahan bagi kita parents dalam menguruskan anak dengan mengaplikasikan carseat sepenuhnya. perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman sendiri menguruskan anak2 yang sudah berusia 6, 3 dan 1 tahun.

terima kasih di atas sokongan anda melalui fb share. semoga anda mendapat manfaat dan mempraktikkan sebaik mungkin.

p/s: kongsikan kalau bermanfaat.

Sumber Facebook Mursyid Ismail


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604