KENAPA PENTING MEMBACAKAN BUKU PADA ANAK WALAUPUN MEREKA MASIH TIDAK FAHAM?

Pelik betul bila tengok budaya barat yang selalu “bedtime story” dengan anak-anak sebelum tidur. Padahal anak-anak tu tak faham apa pun lagi. Adakah itu cara mereka untuk tidurkan anak-anak?

Tahukah anda, membaca buku pada anak yang masih belum pandai bercakap dapat memberikan pelbagai manfaat, antaranya:

 

1)Perkembangan bahasa

Saat ibu ayah membacakan buku, si anak akan belajar suara dasar, pola dan ritma suara untuk berbicara, perbendaharaan kata, makna perkataan dan konteks penggunaannya.

2)Melatih memusatkan perhatian

Membaca buku pada anak dapat membantu mengasah kemahiran mendengar mereka. Dengan menggunakan pelbagai jenis intonasi suara untuk karakter yang berbeza, anda akan membantu si anak untuk belajar cara komunikasi yang betul. Disamping itu, anak akan lebih menghormati orang yang sedang bercakap dan tidak mudah menyampuk dalam percakapan.

3)Perkembangan informasi.

Walaupun si anak masih belum mahir bertutur tetapi secara bertahap si anak akan belajar menghubungkan antara gambar, peristiwa, tindakan, objek dengan kata-kata yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu perkara tersebut. Membaca buku pada anak juga akan membuatkan si anak lebih mudah terdedah dengan informasi baru seperti warna, abjad, dan juga nombor.

4)Perkembangan sosial.

Aktiviti membaca buku dengan anak secara tidak langsung dapat membantu dalam membina hubungan yang lebih akrab dengan anak-anak. Si anak akan berasa lebih dekat, lebih dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. Hubungan yang erat ini mampu mendidik mereka untuk menjadi anak-anak yang lebih rapat dengan ibu bapa berbanding kawan-kawan apabila dewasa kelak.

5)Membiasakan anak dengan buku.

Jika membaca buku sudah menjadi rutin harian buat si anak sejak kecil lagi maka dengan mudahnya ibu bapa dapat memupuk minat membaca dalam diri anak. Amalan membaca ini dapat menjamin masa depan anak kerana mereka sentiasa dipenuhi dengan ilmu pengetahuan yang baru.

 

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604

 

Leave A Comment