Sejarah Ning Salmah..
Sharifah Ning Salmah yang dilahirkan pada tahun 1890an merupakan keturunan Mekah dan kerabat Diraja Kedah. Beliau telah didedahkan dengan ilmu penjagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan herba-herba tradisional sejak muda lagi. Amalan ini menjadi rutin di dalam istana.
Cucundanya pula Datin Sharifah Anisah Barakbah juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang yang sama. Beliau telah mengasaskan produk Nona Roguy dan menerajui industri herba di negara ini selama lebih 50 tahun. Beliau juga kerap membuat perkongsian ilmu kesihatan dan kecantikan wanita dalam ceramah-ceramah di dalam dan di luar negara.
Cucu kepada pengasas Nona Roguy iaitu Sharifah Aliyah Barakbah telah mengikuti nendanya iaitu Datin Sharifah Anisah (Tok Mama) ke ceramah-ceramah kesihatan dan kecantikan sejak berusia 5 tahun lagi. Setelah bergelar ibu, kini beliau berhasrat untuk berkongsi rahsia turun-temurun 5 generasi keluarga mereka dengan para ibu di luar sana. Maka lahirlah Legasi Ning Salmah.
MINYAK TENANG ANAKANDA
Dirumus khas dengan pati herba terpilih menjadikan ia sesuai untuk kegunaan semua termasuklah bayi baru lahir. Minyak ini bersifat tidak panas dan berbau lembut bukan seperti minyak angin biasa. Disamping itu, kelebihan minyak tenang anakanda ini adalah ia mampu merawat masalah kembung, angin, sakit kepala, dan sebarang ketidakselesaan dengan beberapa titisan sahaja!
HERBA TERPILIH
Minyak Kayu Putih – Eucalyptus Oil
Membantu menyembuhkan kahak dan selsema. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik.
Minyak Buah Pala – Nutmeg Oil
Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin serta kembung.
Minyak Cengkih – Clove Oil
Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit.
Minyak Daun Pudina – Peppermint Oil
Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri – ciri antibakterial. Juga bagus untuk angin dan kembung.
Cara Penggunaan
Gunakan beberapa titik minyak untuk disapu pada badan, perut dan telapak kaki. Boleh juga digunakan sebagai minyak urutan selepas mandi.
KINI MINYAK TENANG ANAKANDA DENGAN WAJAH BAHARU.
RM39 (50ml)
Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke 012-699 2604