Mengikut ilmu perbidanan Melayu, adalah penting ibu bersalin menjalani atau menerima rawatan selepas bersalin.

Maksud pantang dalam rawatan ibu bersalin ialah rawatan terperinci yang disusun rapi dengan saranan dan petua-petua larangan yang perlu dipatuhi oleh ibu bersalin untuk pemulihan.

Berdasarkan buku ‘Adab dalam Pantang Bersalin’ yang ditulis oleh penasihat Ning Salmah sendiri, iaitu Anisah Barakbah, terdapat banyak kepentingan berpantang selepas bersalin ini.

ibu-dan-bayi-1024x640

Antara yang disebutkan ialah:

  1. Menyenangkan pengeluaran darah nifas dan darah bantal selepas bersalin
  2. Bagi mengelakkan dari berlaku penyakit meroyan yang amat memudaratkan terhadap ibu dan juga bayi yang baru lahir
  3. Memulihkan tubuh badan ibu dan mengembalikan bentuk badan seperti anak dara
  4. Mempercepat penyembuhan luka atau jahitan yang dilakukan semasa bersalin
  5. Mengelakkan terjadi ‘prolapse’ dan masalah buasir serta sembelit yang kerap terjadi selepas bersalin
  6. Membantu pengeluaran angin di dalam badan dengan mengambil herba-herba yang sesuai.
  7. Membantu pengeluaran susu ibu yang berkualiti dan cukup untuk tumbesaran bayi.
  8. Memulih rahim ibu dan sistem reproduktif dengan mengambil pemakanan yang berkhasiat untuk tubuh badan.

Berikut merupakan beberapa kepentingan yang diceritakan di dalam buku tersebut. Cara pemakanan dan juga rawatan-rawatan yang diperlukan semasa dalam pantang bersalin ada juga ditulis di dalam buku tersebut.

Yang penting, setiap ibu harus berpengetahuan dan memilih yang terbaik bagi pemulihan diri mereka selepas bersalin.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp "Minyak" ke  012-699 2604

Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty