Ibu-ibu mesti pernah mengalami bahagian puting menjadi sakit dan pedih. Bayi pula meragam seperti tidak puas menyusu. Pengeluaran susu juga tidak lancar dan susu semakin sedikit.

Tahukah anda, saluran tersumbat dan radang payu dara adalah dua keadaan yang berbeza.

Saluran susu tersumbat

Radang payudara

Terjadi kerana saluran susu pada sebahagian payu dara tersumbat. Selalunya terdapat bintik-bintik putih pada permukaan puting. Keadaan ini terjadi pada sebahagian payu dara sahaja dalam satu masa.Keradangan ini bukan sahaja disebabkan oleh saluran susu tersumbat, malah disebabkan oleh alergi atau jangkitan bakteria. Radang susu ini tidak terhad pada waktu tertentu. Ia selalunya terjadi secara mengejut dan membabitkan satu payu dara sahaja.
Ibu akan merasa adanya ketulan (lump) pada payudara. Kulit kelihatan merah dan rasa sakit pada ketulan tersebut. Kemungkinan akan berlaku beberapa ketulan di beberapa saluran susu lain yang turut tersumbat. Penyusuan akan menyakitkan pada permulaan hisapan bayi tetapi beransur lega apabila susu dapat dikeluarkan dengan efektif. Ketulan susu tadi juga akan semakin hilang setiap kali penyusuan berjalan dengan lancar.Simptomnya, sama seperti saluran puting tersumbat tetapi ia lebih menyakitkan. Dalam keadaan tertentu, jalur kemerah-merahan terbentuk pada kawasan yang sakit. Ibu yang mengalami radang payudaraakan mengadu:

·         Sakit dan kemerahan pada kawasan tersebut

·         Demam dan kesejukan

·         Letih, rasa loya atau sakit kepala

Ibu sihat dan tiada demam (atau alami demam dengan suhu 38.5CDemam pada suhu 38.5C atau lebih dengan tanda-tanda selesema dan sakit otot

 

Keadaan ini akan mengakibatkan pelbagai masalah dan menganggu proses penyusuan para ibu-ibu semua. Ikuti artikel kami esok untuk mengetahui sebab-sebab saluran tersumbat dan radang payu dara terjadi dengan lebih lanjut.


Untuk mendapatkannya, boleh SMS/Whatsapp “Minyak” ke
012-699 2604

0
    0
    Your Cart
    Your cart is empty